Latest News

Thursday 25 May 2017

Benarlah Sekeping Gambar Membawa 1001 Makna


KERANA gambar Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bersama adik kepada Jamalul Kiram III,  Agbimuddin Kiram yang menceroboh Kg Tanduo Lahad Datu pada Februari 2013, sehingga menyebabkan beberapa anggota keselamatan terkorban, menjadi berita muka hadapan Harian Express Sabah  25 Mei 2017.

Gambar Shafie Apdal bersama Agbimuddin sebenarnya telah lama dibangkitkan seawal tahun 2013 lagi, khususnya menjelang PRU-13.  Mereka yang membangkitkan itu, adalah para pemimpin pembangkang termasuk Darell Leiking.

Di media sosial sepanjang PRU-13, para penyokong pembangkang mentularkan gambar Shafie Apdal itu, dan menggaitkan beliau dengan militan Sulu yang menceroboh Kg Tanduo.

Minggu lalu, seorang peguam asal Semporna Datuk Ainal Fattah, membuat kenyataan akhbar yang disiarkan Daily Express Sabah, meminta penjelasan Shafie Apdal. Mengapa Presiden Parti Warisan Sabah itu boleh bergambar dengan Agimudin Kiram, kerana individu itulah yang mengetuai penceroboh pengganas sulu di Kg Tanduo, Lahad Datu.

Ainal membangkitkan gambar Shafie Apdal dengan ketua pengganas Sulu itu, sebagai mewakili suara akar umbi bagi mengetahui niat Shafie Apdal sebenar berkaitan dengan misi parti beliau, Sabah Ubah. Apakah melalui misi itu, ada hubungkait dengan peristiwa Kg Tanduo?  Malangnya, permintaan Ainal itu, bukannya dijawab oleh MP Semporna itu, akan tetapi dijawab oleh individu di mana sebelum ini, salah seorang yang mendakwa bahawa Shafie Apdal merupakan agen kepada pengganas Sulu adalah Darell Leiking.

Memang diantisipasi Darell melakukan pusingan U, kerana beliau kini merupakan sekutu kuat mantan Naib Presiden Umno itu, kerana menduduki jawatan Timbalan Presiden Parti Warisan Sabah.

Mengapa Darell beria-ia sangat membela Shafie Apdal berkaitan dengan gambar Shafie Apdal dan ketua penceroboh pengganas Sulu? Kerana isu itu, boleh menyebabkan rakyat Sabah, khususnya kaum KDMR akan mempertikai nawaitu Shafie Apdal yang terkandung dalam misi beliau, Sabah Ubah.

Darell terlupa, bahawa dakwaan-dakwaan beliau berkaitan bos beliau itu, masih segar dalam ingatan rakyat Sabah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook