Latest News

Monday 29 May 2017

Berbagai Isu Melanda Sabah?


SEMPENA bulan ramadhan ini, seharusnya rakyat yang beragama Islam menumpukan ibadah. Namun, disebalik menunaikan tuntutan agama itu, muncul pula isu-isu yang tidak sepatutnya timbul.

Isu perlantikan Naib Censelor Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjadi perdebatan serius, malah sehingga dapat liputan akhbar. Isu yang tidak seharusnya timbul, jika semua pihak mengikuti hasrat rakyat Sabah berkaitan jabatan-jabatan atau agensi persekutuan yang beroperasi di Sabah termasuk universiti.

Jika pihak-pihak tertentu itu peka dengan hasrat rakyat Sabah yang berdekad yang mahu meletakkan Perjanjian Malaysia tahun 1963. Di mana di dalamnya terkandung, pengutamaan rakyat Sabah untuk menduduki jawatan bagi agensi-agensi persekutuan yang beroperasi di Sabah.

Isu berkaitan kelayakan untuk dilantik ke jawatan-jawatan utama, termasuk Naib Censelor tidak timbul, kerana bukan sedikit rakyat Sabah berkelayakan, dan kelayakan mereka itu sudah setanding, malah lebih baik daripada mereka yang dicadangkan itu.

Tindakan pihak tertentu di UMS itu, seolah-olah mengundang luka lama berdarah semula, sedangkan pihak kepimpinan kerajaan khususnya Perdana Menteri, beria-ia sangat mengatasi segala kemusykilan rakyat Sabah, khususnya berkaitan dengan penurunan kuasa kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri.

Menerusi tindakan pihak-pihak tertentu di UMS tersebut, seolah-olah memperlekeh usaha kepimpinan untuk menyelesaikan rungutan rakyat Sabah. Sudah tentunya tindakan mereka itu, bukan menuju kepada penyelesaian rungutan rakyat Sabah, malah memruncing lagi keadaan.

Selain isu perlantikan Naib Censelor, isu keselamatan di Pantai Timur Sabah menjadi tumpuan pasukan keselamatan, akibat pengisytiharan Undang-Undang Tentera di Selatan Filipina bagi maksud memerangi kumpulan IS atau Daesh. 

Pada tahun 70-an ramai rakyat Filipina terpaksa menjadi pelarian ke Sabah kerana perang saudara di negara jiran tersebut. Akibatnya, pelarian telah membanjirnya, sehingga kini menjadi masalah dan isu utama di Sabah. Malah ianya dijadikan isu politik yang sungguh panas. Sehinggakan kerajaan terpaksa menubuhkan RCI PATI Sabah pada tahun 2012, kerana banyak pihak mendakwa bahawa ramai daripada pelarian tersebut diberikan kewarganegaraan. Apa yang paling malang lagi, kononnya akibat pelarian daripada negara jiran itu, telah mengubah demografi Sabah.

Kini, dengan pelaksanaan Undang-Undang Tentera di Selatan Filipina tidak dapat dinafikan akan terdapat rakyat negera itu terpaksa menjadi pelarian. Selain itu, kemungkinan menyusup masuk ke Sabah. Berasaskan kepada kemungkinan-kemungkinan itu, maka ESSCOM/ESSZONE diaktifkan dalam keadaan maksima bagi menghalang kemasukan beramai-ramai pelarian ke Sabah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook