Latest News

Thursday 25 May 2017

Betulkah Dasar Kabotaj Sebagai Alat Pancing Undi???

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) kalini baru real pengecualian polisi kabotaj adalah pancingan PRU14... Oleh FB Ds Chazy Chaz (screenshot)

DASAR Kabotaj dijadikan sebagai kambing hitam, kononnya sebagai faktor yang menyebabkan harga barangan di Sabah dan Sarawak lebih tinggi berbanding Semenanjung.

Mari kita lihat apa itu Dasar Kabotaj. Dasar kabotaj adalah sistem pengangkutan laut dalam negara, di mana hanya kapal Malaysia sahaja dibenarkan mengangkut barangan daripada pelabuhan satu ke pelabuhan lainnya.  Oleh kerana dasar itu, maka dikatakan penyebab harga barangan mahal di Sabah dan Sarawak.

Pada tahun 2009, apabila dasar kabotaj dilonggarkan, di mana kapal asing bebas singgah di mana-mana pelabuhan di Sabah, Sarawak dan WP Labuan untuk memunggah barang dan tidak lagi perlu ke Pelabuhan Klang. Namun pelonggaran itu, tidak juga berimpak kepada harga barangan di Sabah, Sarawak dan WP Labuan. Sebabnya, tidak banyak juga kapal asing singgah ke pelabuahan-pelabuhan di Sabah, Sarawak dan WP Labuan untuk memunggah barang.

Oleh kerana Dasar Kabotaj sepenuhnya dimansuhkan mulai 1 Jun 2017, maka akan melihat, apakah frekuensi mahupun laluan kapal-kapal asing berlabuh ke pelabuahan Sabah, Sarawak dan WP Labuhan akan bertambah? Itu yang mahu dilihat oleh kerajaan. Sebabnya, jika kapal-kapal asing yang membawa barangan tidak bertambah. Sama ada dasar itu tidak dimansuhkan atau dikekalkan, tidak berimpak atau memberi kesan kepada harga barangan di tiga wilayah itu. 

Memang Dasar Kabotaj bukan merupakan faktor penyebab harga barangan di Sabah dan Sarawak mahal, akan tetapi lebih banyak disumbangkan oleh sistem pengakutan darat yang tidak efisien dan gudang simpanan yang kurang.

Berasaskan kajian Ekonomi Dunia, harga barangan di Sabah dan Sarawak bukan disumbangkan oleh Dasar Kabotaj. Tetapi, selain sistem pengakutan darat yang tidak efisien serta gudang simpanan yang tidak cukup, juga disebabkan oleh penetapan harga oleh pengeluar yang berbeza antara Semenanjung dan tiga wilayah itu. Kerana mengambil kira kos pengakutan, sama ada laut, darat dan sewa gudang serta bayaran insuran. Maknanya, pengakutan kapal laut bukanlah penyumbang utama kepada faktor harga, akan tetapi hanya sebahagian daripada faktor itu.

Sememangnya kerajaan mengetahui bahawa Dasar Kabotaj bukan penyumbang kepada harga barangan mahal di Sabah dan Sarawak serta WP Labuan. Namun, pihak-pihak tertentu termasuk pembangkang menyalahkan dasar itu. Atas sebab itu, masa 6 bulan diperlukan untuk melihat, benarkah dasar itu ada impak terhadap harga barangan di tiga wilayah itu. Kalau ada, maka dasar itu akan terus dimansuhkan, kalau tiada, maka sia-sia memansuhkannya. Kerana di masa depan boleh memberi kesan buruk terhadap negara, khususnya daripada segi keselamatan negara.

Tiada istilah pancing undi berkaitan dengan pemansuhan dasar kabotaj, dan ianya juga tiada kaitan dengan PRU-14. Kalau ada sesiapa yang menggaitkan isu itu, ianya datang daripada pembangkang. Kerana bagi pembangkang, apa sahaja dilaksanakan kerajaan 1000% dipolitikkan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook