Latest News

Tuesday 23 May 2017

CAKAP SAJA BAH - KALAU MAHU JAWATAN


PARA pemimpin parti pembangkang, kalau berjumpa rakyat, berbuih mulut berpidato dengan berbagai tomahan dan dakwaan kepada kerajaan yang sedang memerintah.

Berhujah macam-macam, membuat janji bulan bintang. Akan tetapi, tidak beritahu rakyat sebenarnya tujuaan utama mereka itu, adalah jawatan. Jawatan seperti ketua menteri, menteri, setiausaha politik serta pengerusi syarikat-syarikat kerajaan. Kemudiannya, apabila ada kedudukan, maka sekau projek-projek kerajaan. Itu saja bah tujuan mereka itu. Bukti jelas, semasa mereka ada jawatan, wang untuk rakyat pun mereka "sekau", sehinggakan kemudahan untuk rakyat tidak selesai. 

Oktober 2016, apabila SPRM bertindak menangkap beberapa pegawai Jabatan Air Sabah, maka terbongkarlah skandal penyalahgunaan dana KKLW sebanyak RM3.3bilion, semasa Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai menteri. Jadi bagaimana rakyat boleh menyokong  pemimpin yang mahu jawatan Ketua Menteri, sedangkan pemimpin itu mempunyai kudis!!!.

Kepada rakyat pemimpin politik, hanya mampu menggantikan jawatan-jawatan menteri atau jawatan-jawatan politik. Tetapi, masalah rakyat akan tetap sama dan akan semakin memburuk, jika para pemimpin politik itu mempunyai kudis.

Berlainan dengan para pemimpin BN yang amanah mereka itu, benar-benar prihatin terhadap keperluan rakyat, atas sebab itu, para pemimpin BN. Khususnya, Ketua Menteri Sabah sentiasa turun padang untuk memastikan projek-projek untuk kemudahan rakyat berjalan sesuai dengan perancangan.

Berkaitan dengan dana persekutuan yang disalurkan melalui KKLW, memang DSP Musa Haji Aman sangat terkilan, kerana kerajaan negeri tidak mengetahui ke mana wang itu dibelanjakan. Sebabnya, menteri yang menjaga KKLW untuk tempoh 2010-2015, tidak pernah memberi tahu kerajaan negeri apa lagi berbincang.

Kalau bukan tindakan SPRM, kerajaan Sabah tidak akan mengetahui bahawa sejumlah RM3.3 bilion untuk projek Bekalan Air Bersih Luar Bandar (BALB) sebenarnya telah habis dibelanjakan, malangnya masalah air tidak juga selesai, malah semakin meruncing.

Pendek kata, bagaimana rakyat boleh menyokong pemimpin yang mahu menjadi Ketua Menteri Sabah, sedangkan pemimpin itu, tidak pun membela keperluan rakyat Sabah!!!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook