Latest News

Wednesday 24 May 2017

Dakwaan Mengarut Hasil Sabah Dikaut Pihak Lain

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) kenapa tak tanya Musa apa yang dia lakukan kepada Sabah... Oleh FB Tj Ajamain (screenshot)

PENDAPATAN tahunan Sabah hanya RM3.8 bilion dan bajet untuk Sabah lebih kurang jumlah itu. Boleh duit Sabah dibayar pada individu termasuk Perdana Menteri dan isteri? Kewangan negeri Sabah bukan milik individu, sebaliknya milik kerajaan. Setiap sen wang kerajaan mempunyai peraturan kewangan untuk dibelanjakan.


Oleh kerana, Sabah menggunakan peraturan kewangan yang telus dan teratur, maka lebih 10 tahun sudah tidak mendapat teguran daripada Ketua Audit Negara, dan sebagai tambahan pengurusan kewangan Sabah mendapat pengiktirafan Antarabangsa dengan memberi AAA.

Pada kedudukan penarafan itu, maka pengurusan kewangan negeri teratur dan telus. Jadi bagaimana, sistem pengurusan kewangan yang telus dan teratur, boleh menyalurkan kewangan untuk tujuan peribadi, kononnya membayar hutang Dato' Sri Mohd Najib dan isteri? Orang yang bercakap demikian, sama ada orang itu, tidak tahu apa-apa berkaitan kewangan atau memang orang itu kurang siuman. 

Berkaitan balak Sabah, sejak tahun 2006 tiada lagi lesen balak dikeluarkan. Ertinya, tiada lagi pembalakan, kecuali yang dilakukan oleh Yayasan Sabah, itupun melalui kawasan Yayasan itu.

Bukti nyata, tiada lagi pembalakan di Sabah, apabila pendapatan daripada bayaran royalti atau cukai daripada kayu-kayan menurun dengan drastik daripada angka lebih RM1 bilion kepada angka kurang RM200 juta setahun. Selain itu, keluasan hutan simpan Sabah telah bertambah lebih sejuta hektar sejak tahun 2003. Kalau kawasan kayu balak dirogol, bagaimana hutan simpan bertambah? 

Tanah balak ditebang untuk digantikan dengan kelapa Sawit, satu dakwaan karut. Sebabnya, jika tiada hutan yang ditebang, bagaimana mendapat tanah untuk ladang kelapa sawit? Kalau ada ladang-ladang kelapa sawit, maka kawasan tanah itu, adalah milik agensi kerajaan negeri seperti SLDB atau Yayasan Sabah. 

Dakwaan kutipan GST tertinggi di Sabah, satu dakwaan yang karut, sebabnya penduduk Sabah hanya 3.2 juta, berbanding penduduk Semenanjung lebih 26 juta. Bagaimana kutipan GST Sabah lebih tinggi. Dakwaan pengguna facebook tersebut adalah dakwaan yang tidak mengenal angka, sebabnya antara 1 dan 9 dianggap  bahawa 1 lebih banyak daripada 9.

Siapa kata, Sabah pengeluar minyak terbesar? Yang terbesar di Malaysia adalah Sarawak, jika gas betul, Sabah pengeluar terbesar.

Siapa kata, Sabah negeri nombor 1 termsikin? Kalau sebelum tahun 2003, betul. Namun kini Sabah lebih sudah naik 4 tangga, selepas tiga negeri di Semenanjung. Kadar kemiskinan Sabah adalah dibawa 4 peratus dan pada kadar itu, menjadikan Sabah bukan lagi negeri termiskin. Kalau tidak percaya, baca laporan kewangan atau laporan Jabatan Statistik tahun 2016.

Pengguna facebook tersebut adalah doktor spin pembangkang, agen pembohong dan pemitnah. Pengguna facebook itu, seperti anjing yang asyik bermain dengan ekornya. Sebab, sesiapa sahaja boleh mencari maklumat sahih daripada agensi-agensi kerajaan yang ada dalam negara. Pencari maklumat sudah tentunya percaya daripada agensi-agensi itu, berbanding pengguna facebook tersebut, hanya khayal sendiri, mungkin mabuk lihing atau ecstasy.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook