Latest News

Wednesday 17 May 2017

Dakwaan Palsu Publisiti Murahan

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) si shafie apdal dan musa aman bule jawab bah ni kan... Oleh FB Page Remove Musa Remove Umno Sabah (screenshot)

TIADA bukti bahawa PATI diberi kad pengenalan untuk mempertahankan Kerajaan Parti Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO. Kalau benar dakwaan itu, mengapa Parti Barisan Nasional Sabah atau semasa Parti USNO masih pembangkang di Sabah tidak pernah menang pilihan raya di Sabah.

Dakwaan ini, hanya datang daripada parti Pembangkang bagi memburukkan Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO. Sebagai catitan Kerajaan Sabah daripada tahun 1976-1994 bertunjangkan kaum Bumiputera Bukan Islam. 

Pada PRU Sabah tahun 1994, parti dari Barisan Nasional Sabah yang ditunjangi UMNO tidak menang pilihan raya, sebaliknya parti PBS yang disokong Bumiputera Bukan Islam dan Cina.

Parti Barisan Nasional Sabah ditubuhkan pada tahun 1994, apabila berlaku lompat parti oleh ADUN PBS. Pada PRU Sabah 1999, parti Barisan Nasional Sabah menang kerana sokongan Bumiputera Islam, Bukan Islam dan Cina, kemudiannya berlarutan sehingga kini.

Dakwaan pemimpin pembangkang dalam video itu adalah dakwaan fitnah dan bohong, kerana tidak disokong fakta, tetapi disokong cerita dongeng.

Tidak dinafikan, memang terdapat kad pengenalan yang diragukan, kerana tindakan bermotifkan kewangan oleh pihak-pihak tertentu. Namun, kad pengenalan demikian sudah dikeluarkan daripada sistem Jabatan Pendaftaran Negara dan jumlah itu sudah pun diumumkan oleh pihak kerajaan sebanyak 28,000 kad pengenalan.

Umum mengetahui bahawa sindiket pengeluar kad pengenalan palsu mengenakan caj antara RM500-RM5000 sekeping. Sebab itu, sindiket itu menjadi kaya raya, malah dapat membeli berbagai kereta mewah termasuk nombor plat pendaftaran 1.

RCI PATI di Sabah yang diumumkan pada Disember 2014 telah memperincikan dapatan RCI itu, dan semua pihak yang ragu-ragu, perlu membaca laporan itu sebelum terpengaruh dengan dakyah pembangkang.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook