Latest News

Wednesday 17 May 2017

Dakwaan Rafizi Ramli Mengarut

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Marcus, it is not NORMAL if the funds came from a grand thief who stole $billions from 1MDB... Oleh FB Page The Voice Of Borneo (screenshot)

UNTUK sementara waktu MP Pandan itu mendabik dada, kononnya tiada sesiapa yang menafikan dakwaan beliau yang bersumber daripada www.sprminsider berkaitan wang SRC International kononnya dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri.

MP Pandan itu mengunapakai maklumat daripada blog tersebut, termasuk mengulang semula para penerima, konon antaranya MP Putatan yang juga Naib Presiden parti UPKO, Datuk Dr Marcus Mojigoh.

Datuk Dr Marcus Mojigoh menafikan ada menerima wang daripada Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, tetapi menyatakan adalah perkara biasa sesebuah parti komponen menerima bantuan kewangan daripada Pengerusi Parti Barisan Nasional untuk program-program kepartian.

MP Pandan itu menganggap bahawa maklumat daripada blog yang beliau petik sebagai benar, kerana untuk sementara waktu tiada individu yang tampil menafikan atau menyaman beliau. Rafizi Ramli jangan mendabik dada dahulu, kerana berdiam itu tidak bermakna tiada tindakan yang sedang dirancang.

MP Pandan itu, telah beberapa kali didapati salah termasuk berkaitan NFC. Pihak NFC semasa MP Pandan itu membuat berbagai dakwaan berbulan-bulan hanya berdiam diri. Namun, apabila tiba masanya, maka mengambil tindakan mahkamah dan mahkamah telah pun membuat keputusan, seperti semua rakyat tahu Rafizi Ramli bersalah!!!!

Rafizi Ramli sebenarnya tiada pilihan, selain membuat berbagai dakwaan palsu, kerana status beliau memang pun telah melekat sebagai ahli politik yang pakar berbohong dan pakar memfitnah. Jangan pelik, apabila memetik maklumat kononnya daripada blog tertentu; sebenarnya blog itu, adalah blog tajaan beliau sendiri bagi tujuan merekayasa berbagai maklumat palsu dan fitnah.

Membuat blog tidak sampai pun 3 minit, sebuah blog boleh wujud. Demikian juga blog www.sprminsider merupakan tajaan beliau.
Untuk sementara waktu, hanya Dr Marcus yang memberi maklum balas berkaitan dakwaan Rafizi itu, dan pihak-pihak yang lain sudah tentu, menunggu masa yang sesuai sebelum bertindak.

Sebenarnya, tidak berbaloi melayan MP Pandan itu, kerana beliau sudah menjadikan aktiviti menipu dan berbohong sebagai "trademark" beliau.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook