Latest News

Friday 5 May 2017

Disebalik Kukuhnya UMNO dan BN Sabah


TIMBALAN Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia dapat melihat mengapa UMNO dan BN Sabah semakin kukuh.

Parti-parti pembangkang tersalah anggap, apabila  Perdana Menteri menjadi sasaran berbagai pihak melalui dakwaan-dakwaan yang dicipta atau direka, baik dalam negara mahupun luar negara. Maka akan ramailah pemimpin UMNO atau parti komponen BN akan berpaling tadah.

Bermula awal tahun 2014, berbagai dakwaan dialamatkan kepada Perdana Menteri, khususnya oleh  “Kempen Anti Najib@ANC” yang didalangi mantan Perdana Menteri dengan mempergunakan isu sumbangan RM2.6 bilion daripada keluarga DiRaja Arab Saudi bagi tujuan memalitkan imej buruk kepada Perdana Menteri ke-6 negara itu. Melalui tindakan tersebut, maka memaksa beliau mengikuti jejak Perdana Menteri-5 negara melepaskan jawatan.

Menerusi tindakan itu, berlakulah semacam komplot untuk menjatuhkan Perdana Menteri. Mengapa dikatakan berlaku komplot? Sebabnya telah melibatkan berbagai pihak yang ada “kuasa”  Di mana antaranya mantan Timbalan Perdana Menteri, beberapa anggota kabinet dan seorang Menteri Besar.

Oleh kerana asas yang digunakan oleh “komplot” itu disedari bermotifkan peribadi dan bukannya untuk kepentingan rakyat secara umum. Maka sebahagian besar  pemimpin UMNO dan parti Barisan Nasional disemua peringkat membuat ketetapan bahawa tetap berdiri teguh dibelakang Perdana Menteri.

Bermula di Kota Belud,  pada Mei 2015 semasa lawatan Perdana Menteri, Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman melahirkan sokongan seluruh jajaran kepimpinan UMNO dan BN Sabah kepada Perdana Menteri.

Tidak dinafikan melalui sokongan padu daripada Sabah itulah Perdana Menteri mendapat “tenaga” untuk melawan dan terus melawan semua kritikan serta dakwaan yang dialamatkan kepada beliau. 

Menerusi perjumpaan di Kota Belud dan dilanjutkan di Tawau pada hari yang sama telah menghimpun semua pemimpin UMNO dan BN Sabah. Bergerak sebagai satu pasukan yang kental dan kukuh bagi mempertahankan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO merangkap Pengerusi Barisan Nasional. 

Pada masa itu jugalah jajaran kepimpinan Sabah telah sepakat memberi gelaran kepada Perdana Menteri ke-6 negara itu “The Best Prime Minster For Sabah”.

Sejak awal tahun 2015, hanya seorang pemimpin UMNO Sabah yang tidak sehaluan dengan jajaran kepimpinan UMNO Sabah dan pemimpin itu sudahpun menjadi pemimpin pembangkang. 

Dalam politik yang berbicara adalah suara majoriti bukannya individu. Sebab itu, dapat disimpulkan bahawa kekukuhan UMNO dan BN Sabah tidak pernah sekukuh seperti sekarang ini, kerana semua pihak bergerak ke hala tuju yang sama.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook