Latest News

Thursday 4 May 2017

Hak Tan Sri Pandikar Kembali Aktif Berpolitik

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) CAN A ROGUE PARLIAMENT SPEAKER MAKE A GOOD POLITICIAN???... Oleh FB Page The Voice Of Borneo (screenshot)

Di Kudat pada 4 April lalu,Tan Sri Pandikar Amin mengumumkan kembali ke arena politik tanah air, selepas 9 tahun menjadi Speaker Dewan Rakyat.

Memang berbagai reaksi dari berbagai pihak, khususnya para pemimpin politik, ada yang menerima baik tindakan itu, ada juga yang memandang sinis, malah ada yang mengecam, seperti mana “update” The VOICE of Borneo “ Can A Rogue Parliament Speaker Make A Good Politician?” Komen ini sebenarnya, mereka tidak mengetahui latar belakang atau profil Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia. Bermakna, pengguna facebook itu hanya baru sahaja berjinak-jinak dalam dunia politik kerana kebanyakan “updates” berkaitan politik yang dibuatnya.

Tahukah anda? Bahawa Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia merupakan pemimpin termuda yang pernah menjadi Speaker DUN Sabah. Selain itu, merupakan pemimpin termuda menjadi Wakil Rakyat dan lebih 30 tahun sebagai ahli politik. Beliau hanya berehat pada tahun 2008 hingga tahun 2017, kerana dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat.

Perkataan “rogue” yang digunakan pengguna facebook itu, menggambarkan satu penghinaan kepada beliau sebagai Speaker Dewan Rakyat.  Umum mengetahui, Ahli-ahli Politik mahupun Ahli-ahli Parlimen hal demikian bahawa asas keputusan Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia berasaskan peraturan Dewan rakyat. Tahukah anda? Bahawa Beliau itu merupakan seorang peguam!!!!

Maju mundurnya seorang ahli politik kerana sokongan pengundi di mana pemimpin itu bertanding. Seseorang pemimpin kembali aktif kerana para penyokongnya mendesak untuk kembali. Dalam dunia politik perlu berlaku aksi dan reaksi, ertinya pemimpin berpolitik kerana rakyat meminta atau menyokong.

Apapun panggilan anda pada seseorang pemimpin politik selagi suara majoriti menyokong. Maka pemimpin politik itu tetap akan teguh, bagaikan batu karang di tengah lautan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook