Latest News

Thursday 11 May 2017

Ismaily Bungsu Pengarah Komunikasi Shafie Apdal Mengarut Lagi

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) MENCURI rampok ugut itu semacam sudah biasa dalam kerajaan yang ekonomi menjerat leher rakyat... Oleh FB Ismaily Bungsu Sdl (screenshot)


KALAU manusia kecewa, maka apa sahaja terkeluar daripada mulutnya, bukan sahaja mengarut, tetapi sesuatu yang tidak masuk akal.

Ismaily ini bercita-cita sangat mahu terpakai dalam arena politik. Akan tetapi tiada yang memberi peluang kerana memang tidak berbaloi untuk diberi peluang.

Orang “kecil” yang mengaku “gajah” tetapi, tiada siapapun yang mengambil tahu sebab itu bagi menarik perhatian, maka perlu mengeluarkan kenyataan yang mengarut.

Terlihat benar bahawa manusia yang mengaku sebagai penggiat seni dan penulis itu tidak tahu apa yang dihujahnya. Sehinggakan tindakan jenayah biasa dikaitkan dengan ekonomi.

Tahukah? Tindakan jenayah seperti merompak tiada hubungan dengan ekonomi. Kerana mereka yang suka melakukan jenayah adalah manusia-manusia yang tidak mahu membanting tulang untuk mencari rezeki. Tetapi menggunakan sifat kriminalnya untuk mendapatkan wang dengan cepat termasuk membunuh.

Kejadian di Jalan Kolam semalam tiada hubungan dengan ekonomi. Kerana penjayah itu adalah orang asing (PATI) yang memangpun sifatnya menggunakan kekerasan termasuk merompak, untuk mendpatkan wang dengan cepat.

Sifat kriminal boleh terdapat di mana-mana termasuk di negara maju, malah di negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom jenayah seumpama ini adalah santapan harian. Di Sabah, kejadian semalam yakni mengambil tebusan adalah julung kali berlaku di negeri ini sejak merdeka.

Komen Ismaily, bagaikan lembu patah tanduk, mengamuk tidak tentu pasal.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook