Latest News

Monday 29 May 2017

Isu-Isu Pembangkang


JIKA diteliti, isu-isu pembangkang keluar masuk kampung, termasuk di laman-laman sosial adalah isu-isu berulang yang tidak berfakta. Isu-isu ini hanya dakwaan, malah hampir keseluruhannya isu-isu fitnah.

Pentularan di media sosial termasuk paparan skrin yang mengaitkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kononnya mendaftar pihak-pihak tentu sebagai pemilih. Namun selepas nombor kad pengenalan yang ditularkan disemak melalui http://daftarj.spr.gov.my/DAFTARJ/defaultbm.asp...; terbukti nombor kad pengenalan yang ditularkan tidak wujud.  Contoh pengguna facebook yang dengan nama TJ Jamain mentularkan kad pengenalan bernombor 680702-12-5285, kononnya pemegang kad pengenalan itu terdaftar di Kg Darau, Menggatal, parlimen Sepanggar, terbukti melalui semakan kad pengenalan tersebut tidak wujud.

Melihat pada profail pengguna facebook itu, memakai songkok, seolah-olah beragama Islam, namun pada bulan suci ini, masih sanggup menabur fitnah. Kerana semata-mata mahu memalitkan kerajaan dan agensi seperti SPR, kononnya akan terus menang pilihan raya, kerana menternak PATI sebagai pengundi.

Pembangkang pada umumnya, sebenarnya tiada isu yang boleh dilontarkan kepada kerajaan, kerana kepimpinan kerajaan bukan sahaja mendengar degup jantung rakyat, akan tetapi telah berusaha menyelesaikan setiap masalah rakyat, sesuai dengan kemampuan dan kuasa yang ada.

Kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dengan dibantu barisan kabinet, para wakil rakyat, para pegawai kerajaan, agensi kerajaan serta para NGO bertungkus lumus pada setiap peluang, tanpa melihat masa dan situasi melalui acara turun padang. Bukan sahaja untuk memastikan projek-projek atau program-program kerajaan untuk rakyat berjalan dengan lancar, akan tetapi memastikan seluruhnya dapat siap sesuai dengan jadual yang ditetapkan supaya rakyat dapat menikmatinya.

Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dalam pemerintahan beliau kerap berhujah, setiap pemasalahan rakyat akan ditangani dengan jitu, sesuai dengan keupayaan dan kemampuan kewangan kerajaan. Sekiranya, ada kemudahan asas rakyat yang belum dilaksanakan, sebabnya, kerajaan masih ada sedikit kekangan sumber kewangan. Namun, apa yang pasti sebaik sahaja kerajaan mempunyai dana untuk pelaksanaan, maka kemudahan-kemudahan sedemikian, akan terus dilaksanakan.

Pembangunan tidak pernah berhenti. Kerajaan pada hari ini akan terus membangunkan berbagai kemudahan untuk rakyat. Hanya masa dan kewangan sahaja yang menentukan. Atas sebab itu, rakyat kena bersabar, jika ada kemudahan asas yang belum dilaksana. Apa yang penting dan mustahak, rakyat kena terus menyokong kerajaan yang ada agar dapat meneruskan pembangunan dan pembelaan.

Pembangkang hanya tahu menabur janji bulan bintang, janji-janji retorik, kerana sebenarnya para pemimpin pembangkang yang ada suatu masa lalu, sebahagian daripada kerajaan. Namun, semasa mereka ada kuasa, tidak pun melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan, sehinggakan kerajaan yang ada terpalit dengan tindakan mereka itu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook