Latest News

Wednesday 17 May 2017

Jalan Ke Kg Magandai Puak Pembangkang Putar Belit

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sudah berabad lamanya BN mewakili kawasan KOTA MARUDU... Oleh FB Tj Ajamain (screenshot)

MENGAPA isu Kg. Magandai kerap ditularkan? Sebabnya, hanya kawasan terpencil itu sahaja yang boleh dijadikan bahan kempen pembangkang memburuk-burukkan kerajaan.

Agak-agaknya, berapa ramai penduduk yang mendiami kampung itu? Mengapa jalan masuk ke kampung sedemikian rupa? Ianya tidak diberitahu pembangkang.

Sebuah kampung yang berada ditengah-tengah Parlimen Kota Marudu, tiada aktivti konomi, tidak khazanah harta karun dan penduduknya yang bergantung kepada pertanian pindah randah (tidak menetap pada satu kawasan, setiap musim berpindah), dijadikan sebagai bahan politik sensasi.  Sedangkan siapapun tidak dapat memajukan kawasan demikian, kerana kawasan itu bukan kawasan produktif. Jika pun dimajukan, ianya akan menjadi gajah putih tidak memberi manfaat langsung kepada kelompok sasar.

Kerajaan dalam membina kemudahan asas seperti jalan perhubungan perlu memberi pulangan seimbang. Ertinya, kemudahan asas itu memberi manfaat kepada penduduk bagi membawa keluar produk-produk pertanian atau hasil tani atau hasil tangkapan ikan dan sebagainya. Namun, atas asas penduduk di kawasan itu termasuk penduduk yang berpindah randah dan hanya berpandukan kepada kehidupan sara diri. Maka, pembangunan jalan perhubungan yang tidak memberi kos seimbang yang menjadi asas kepada pembinaan kemudahan seumpama itu.

Tahniah kepada Datuk Maijol Mahap yang merupakan anak watan Kota Marudu, kerana hanya akhir-akhir ini, mengetahui keadaan kampong Mangandai. Sedangkan puluhan tahun beliau langsung tidak mengambil tahu. Untuk catitan, Maijol adalah bekas senator dan bekas pemimpin UPKO sebelum menjadi pembangkang.

Sebenarnya yang patut disalahkan adalah Maijol sendiri sebagai anak watan Kota Marudu, mengapa tidak mengetahui kampong di kawasannya sendiri. Tindakan beliau, seperti meludah ke langit jatuh di mulut sendiri.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook