Latest News

Monday 29 May 2017

Jambatan Gantung Pula Jadi Bahan Politik, DAP Terdesak

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) WAKIL RAKYAT PEMALAS; PENDUDUK KAMPUNG DI PENSIANGAN KECEWA... Oleh FB Jaymie Jaime (screenshot)
(ii) WAKIL RAKYAT PEMALAS; PENDUDUK KAMPUNG DI PENSIANGAN KECEWA... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

JAMBATAN gantung yang merentasi sungai-sungai untuk kegunaan rakyat memang pun dibina kerajaan. Namun, akibat bencana alam yang tidak diduga, maka dikatakan banyak jambatan seumpama itu hanyut.

Pembinaan jambatan gantung memerlukan kos, atas sebab itu, kerajaan memerlukan masa untuk memperbaiki jambatan-jambatan tersebut. Sekiranya pemimpin DAP mahu membina jambatan-jambatan itu, maka kecil tapak tangan nyiru ditadahkan. Parti DAP sama juga dengan parti PBRS merupakan parti politik. Jadi mengapa parti yang mengharapkan sokongan daripada rakyat mempertikai pemimpin PBRS?

Kononnya, rakyat dikawasan itu diberikan tangki biru dan paip; Sebabnya rakyat sedemikian telah memohon kemudahan itu sebelum bencana banjir merosakkan jambatan-jambatan yang dimaksudkan. 

Prinsip kerajaan, apa yang dahulu adalah didahulukan, takkan pula, kerana jambatan gantung rosak. Maka terpaksa menjual semua tangki-tangki biru dan peruntukan untuk paip ditukar kepada kos membaiki jambatan. Sebenarnya kerajaan lebih peka terhadap keperluan rakyat. Apa yang pasti keperluan rakyat akan diberikan, hanya memerlukan masa dan kos.

Sebelum pun pihak pembangkang mengutarakan berkaitan dengan kerosakan jambatan-jambatan itu, pihak kerajaan sedang merangka dan mengevaluasi atau memperincikan jumlah peruntukan keseluruhan yang diperlukan. Dan sudah tentu, lambat atau cepatnya pembaikan jambatan-jambatan itu tertakluk kepada penyiapan laporan teknikal daripada pihak jurutera Jabatan Kerja Raya.

Membaiki jambatan, tidak sama dengan membuat roti canai atau masak mee segera, ianya memerlukan spesifikasi agar kejadian jambatan hanyut tidak berulang lagi.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook