Latest News

Monday 29 May 2017

Kad Pengenalan Viral Sebagai Pengundi Adalah Palsu

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Begini pun ada... Oleh FB Tj Ajamain (screenshot)

MELALUI http://daftarj.spr.gov.my/DAFTARJ/defaultbm.aspx, apabila kad pengenalan yang didakwa telah berdaftar sebagai pengundi di Darau, Menggatal bagi parlimen Sepanggar disemak, menunjukkan bahawa kad pengenalan itu tidak wujud.

Pihak-pihak berkuasa seharusnya menyiasat penularan dakwaan ini, khususnya pengguna facebook itu, kerana menyebarkan maklumat palsu.

Adalah satu kesalahan undang-undang menyebarkan maklumat palsu di internet melalui SKMM. Diharapkan ada pihak-pihak membuat laporan polis berkaitan penyebaran maklumat palsu ini, kerana ianya boleh menghasut rakyat.

Pengguna facebook itu, adalah agen pemfitnah dan pembohong. Jika pun menjadi penyokong pembangkang, janganlah menafikan rakyat kepada maklumat betul.

Pengguna facebook itu, dengan paparan skrin semak daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya, cuba membohongi rakyat seolah-olah suruhajaya itu bersubahat menjalankan kerja-kerja pemalsuan.

Paparan skrin yang ditular pengguna facebook itu adalah palsu dan telah diedit oleh pengguna facebook tersebut.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook