Latest News

Friday 26 May 2017

Kembalinya istilah Tulun Tokuo dan Agama Tokuo?

SEMASA pemerintahan parti PBS istilah Tulun Tokuo, Agama Tokuo merupakan pendekatan terselindung parti itu, kerana ianya hanya diungkapkan pada majlis perjumpaan yang dihadiri kaum KDMR. 

Benar juga kerana pendekatan itu, selama 9 tahun, campur 5 tahun, kawasan-kawasan majoriti kaum itu terus dimenangi parti itu. Melalui pendekatan itu, paling sedikit kerusi parti PBS sebelum bergabung semula dengan BN adalah 17, yakni keputusan PRU 1999.

Melihat kepada kecenderungan kaum KDM berkaitan dengan Tulun Tokuo dan Agama Tokuo, kini parti-parti pembangkang mempergunakan semula pendekatan itu, di kawasan-kawasan majoriti kaum itu.

Pada PRU-14, kaum KDM dan Cina mengantisipasi atau membuat ramalan akan menang 24 kawasan DUN dan mengharapkan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan dapat membawa sekurang-kurangnya 7 kawasan Bumiputera Islam, khususnya kawasan RUMPUN USBO.

Jumlah kerusi DUN Sabah tanpa memasukkan tambahan persempadanan baru adalah 60 kerusi. Jumlah 31 kerusi sesebuah parti boleh menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah.

Kencenderungan pengundi kaum KDM berubah arah, semenjak tertubuhnya Parti Warisan Sabah, saban hari semakin meningkat. Menerusi kecenderungan itu, maka parti pimpinan Shafie Apdal itu, cukup yakin akan dapat menembusi kawasan target parti itu, yakni kawasan KDMR dan Cina. 

Yang menjadi penghalang kepada parti itu menang pada PRU-14, hanya di kawasan RUMPUN USBO. Kerana setakat ini, Shafie Apdal belum mampu menembusi kawasan-kawasan itu. Kalaupun parti itu dapat menubuhkan cawangan-cawangan, para ahlinya berasal daripada ahli dan penyokong pembangkang.

Tidak dinafikan, di kawasan-kawasan majoriti Bumiputera Islam, khususnya yang ditandingi parti UMNO. Terdapatnya para penyokong pembangkang, namun jumlah mereka tidak mencukupi untuk menang.

Pada PRU-14 parti UMNO khususnya, perlu mengelak kejadian apa yang berlaku di DUN Klias pada PRU-13, kerana kesilapan teknikal kempen, maka kawasan yang sepatutnya dimenangi parti akhirnya kalah.

Di lapangan, kini kawasan-kawasan majoriti kaum KDMR merupakan kawasan-kawasan kritikal bagi parti Barisan Nasional, apatah lagi, istilah Tulun Tokuo dan Agama Tukuo menjadi maskot kempen parti pembangkang.

Para pemimpin parti BN, khususnya daripada kaum KDMR, kena banyak menghabiskan masa di kawasan masing-masing bagi mengimbangi keagresifan kempen parti pembangkang termasuk para penyokong mereka.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook