Latest News

Thursday 4 May 2017

Kepimpinan Shafie Apdal Tiada Masa Depan


Memang benar Datuk Seri Shafie Apdal mewakili suku kaum Bajau, khususnya Bajau Pantai Timur sementara Darell Leiking sebagai Timbalan Presiden mewakili kaum Kadazan di Penampang, 

Dalam dunia politik Sabah, hanya seorang pemimpin yang pernah berjaya bangkit semula, yakni Tun Fuad Stephens pada tahun 1976 melalui Parti Berjaya. Itupun pada keadaan beliau berkedudukan sebagai TYT Sabah.  Selepas itu, tiada lagi pemimpin yang berjaya bangkit menjadi pemimpin utama selepas kehilangan jawatan.

Tun Mustapha Harun berusaha bangkit melalui pembubaran Parti USNO dan menjemput parti UMNO sebagai wadah perjuangan politik untuk kembali berkuasa. Namun niat beliau tidak kesampaian, malah sehingga beliau kembali ke rahmatullah beliau berada di luar UMNO.

Demikian juga berlaku kepada Tan Sri Harris Salleh selepas kekalahan parti Berjaya, beliau mencuba untuk kembali melalui parti lain akan tetapi gagal. 

Tan Sri Joseph Pairin Kitingan melalui PBS juga mencuba kembali, namun tidak juga berjaya dan terpaksa akur dan menyertai parti pemerintah iaitu Barisan Nasional (BN) pada tahun 2002.

Mereka yang mencuba kembali itu adalah pemimpin sebuah parti yang pernah diberi kepercayaan rakyat. Selain pernah dilantik sebagai pemimpin utama iaitu Ketua Menteri.

Shafie Apdal, tidak mempunyai kriteria sebagai Ketua Kerajaan Sabah atas sebab semasa beliau diberi tanggungjawab sebagai menteri pun beliau tidak dapat menjalankan amanah dengan baik. Apatah lagi membela rakyat secara keseluruhan, sedangkan kawasan yang diwakili beliau pun selama 5 penggal sejak tahun 1995 di Semporna tidak mampu beliau bangunkan.

Bagaimana rakyat Sabah boleh menyokong seseorang yang tiada rekod membela rakyat? Rekod yang ada hanya menyusahkan rakyat.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook