Latest News

Sunday 21 May 2017

Kerajaan BN Sabah- Sudah Mantap: Mengapa Perlu Ubah?

 

PERJUANGAN Parti Warisan Sabah, kononnya mahu kerajaan negeri yang kuat, supaya kerajaan pusat mendengar suara rakyat Sabah. 

Sejak tahun 2004, Kerajaan Negeri Sabah adalah kerajaan terkuat di negara ini, selepas Negeri Sarawak. Jadi mengapa mahu mencari lagi kerajaan negeri yang kuat???

Terlupakah Datuk Seri Shafie Apdal bahawa Sabah dan Sarawak merupakan simpanan tetap Barisan Nasional!!! Mengapa menjadi simpanan tetap? Sebabnya kerana kerajaan negeri kuat.

Jika tujuan Parti Warisan Sabah diwujudkan seperti mana kata presiden parti pembangkang itu, hanya untuk mengwujudkan kerajaan negeri yang kuat. Maknanya, para pemimpin parti itu, sebenarnya sudah ketinggalan kereta api. Kerana sudah 13 tahun, kerajaan yang memerintah negeri merupakan kedua terkuat selepas Sarawak di negara ini.

Hujah Shafie Apdal, kononnya melalui kerajaan negeri yang kuat, maka pemimpin persekutuan akan mendengar suara rakyat Sabah. Aik, rupanya mantan Naib Presiden Umno itu sudah lupa bahawa sebaik sahaja Tun Dr Mahathir melepaskan jawatan Perdana Menteri. Maka Perdana Menteri yang menggantikan beliau telah benar-benar mendengar dekup jantung rakyat Sabah dan Sarawak, khususnya Perdana Menteri ke-6 Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Terlupakah Shafie Apdal bahawa Kerajaan Pusat telah menyediakan berbilion ringgit melalui KKLW yang beliau terajui, untuk Sabah dan Sarawak!!!

Terlupakah Shafie Apdal, Lebuh Raya Borneo berjaya direalisasikan kerana pemimpin pusat mendengar suara rakyat Sabah dan Sarawak.

Shafie Apdal mungkin terlupa, walaupun hanya lebih setahun meninggalkan kabinet Persekutuan bahawa para pemimpin persekutuan sangat komited berkaitan memajukan Sabah dan Sarawak agar setara dengan kemajuan di Semenanjung.

Shafie Apdal sebenarnya cuba mengaburi mata rakyat Sabah dan mahu menggambarkan bahawa kerajaan di terajui oleh parti dari Barisan Nasional (BN) Sabah tidak kuat, sehinggakan suara rakyat Sabah tidak didengar pemimpin persekutuan.

Sedarkah Shafie Apdal bahawa para pemimpin persekutuan khususnya Perdana Menteri dan Timbalannya kerap kali melawat dan turun ke Sabah. Setiap lawatan mereka ada sahaja "ole-ole" untuk rakyat Sabah dan yang terbaharu, apabila Perdana Menteri mengumumkan naik taraf lapangan Terbang Sandakan berjumlah RM80 juta, selain mengumumkan pemansuhan Dasar Kabotaj yang berusia lebih 30 tahun.

Terlupakah Shafie, kerana Kerajaan Sabah dan Sarawak kuat, maka ramai pemimpin dua negeri itu dilantik ke jawatan menteri Pusat.

Jika matlamat Parti Warisan Sabah untuk mengwujudkan kerajaan negeri yang kuat, seyogianya atau selayakanya hasrat itu perlu dilupakan, kerana Kerajaan Parti Barisan Nasional (BN) Sabah bukan sahaja kuat, tetapi MANTAP. TATAP BN.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook