Latest News

Monday 8 May 2017

Lebuh Raya Pan Borneo Istilah Bukan Ukuran

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Musa Aman kata 99% Sabah membangun... Oleh FB Tj Ajamain (screenshot)
(ii) Highway bukan gift... Oleh FB Tj Ajamain (screenshot)
(iii) Sesuatu yang menjadi isu dari dahulu sehingga sekarang... Oleh FB Page Sabah Sarawak Future (screenshot)
(v) Musa Aman kata 99% Sabah membangun... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

ISTILAH bukan ukuran pada sesebuah pembangunan yang dibina kerajaan. Apapun istilah yang digunakan, ianya menggambarkan TANGGUNGJAWAB kerajaan Persekutuan kepada rakyat Sabah.

Sebenarnya, jika kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir selama 22 tahun merasa bertanggungjawab kepada rakyat Sabah dan Sarawak, pembinaan lebuh raya Pan Borneo sudah dilaksanakan. 

Ucapan Perdana Menteri berkaitan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo, ada dua peringkat, peringkat pertama, ianya mencerminkan tanggungjawab kerajaan Persekutuan membina lebuh raya seumpama itu. Namun, diperingkat kedua kerana lebuh raya itu bebas tol, maka diberi istilah “hadiah” kerana lebuh raya semumpama itu di Semenanjung semuanya di kenakan tol.

Kadang-kadang wartawan yang mempunyai agenda sendiri tidak dapat mencerna atau mengupas sesuatu ucapan. 

Lebuh Raya Pan Borneo bebas tol, sedangkan lebih raya serupa itu di Semenanjung dikenakan tol dan atas sebab bebas tol, maka diberi panggilan hadiah. AFS tidak menemukan apa istilah yang boleh digunakan, selain perkataan hadiah atau sumbangan kerajaan kepada rakyat Sabah dan Sarawak. 

Mengapa pula kerajaan yang bertanggungjawab dan memberi hadiah atau sumbangan perlu ditukar? Di mana hati budi rakyat? Apakah kalau kerajaan yang bertanggungjawab dan seterusnya memberi sumbangan  maka perlu ditukar? Sesuatu yang pelik. 

Apa yang dicari rakyat? Yang dicari adalah tanggunjawab dan pembelaan. Nah!!! Kerajaan BN pimpinan Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak bertanggungjawab dan sanggup pula memberi hadiah, di mana silapnya kerajaan yang beliau pimpin?

Hanya mereka yang buta hati dan mata sahaja, sanggup menukar kerajaan sedemikian!!!.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook