Latest News

Friday 19 May 2017

Membenarkan Peceroboh Duduki Tanah Kerajaan-Tidak Adil Pada Rakyat Lain

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) MUSA AMAN & KERAJAAN BARISAN NASIONAL MENGARAHKAN PENDUDUK KADAZAN DUSUN, CINA DAN BAJAU MEROBOHKAN RUMAH MEREKA DI KAMPUNG KOLAM DAMAI, KOTA KINABALU... Oleh FB Jufazli Shii Ahmad (screenshot)

KALAULAH benar dalam tempoh masa 30 tahun, penduduk menceroboh tanah milik DBKK di Inanam, bayangkan berapa sewa yang terlepas yang bakal diperolehi agensi kerajaan itu.

Seharusnya mereka yang menceroboh berterima kasih kerana dapat tinggal percuma selama 30 tahun, tanpa gangguan daripada pemilik.  Jika diambil kira kadar sewa, katakan sewa minima RM100 sebulan bagi setiap rumah setinggan. Ertinya selama 30 tahun berjumlah 360 bulan, membawa makna mereka yang mencerboh itu berjaya mengelak mengeluarkan kos sewa berjumlah RM36,000. 

Kalaulah mengikut istilah sewa menyewa, mereka yang menduduki tanah milik DBKK itu perlu membayar RM36,000, sebelum meninggalkan kawasan itu. Pihak DBKK, tidak pun meminta bayaran sewa selama 30 tahun, tetapi memadai agar mereka keluar daripada kawasan itu.

Mereka yang mencerboh kawasan ini,  kalau diteliti dengan betul, 90 peratus bukan berasal di kawasan sekitar, akan tetapi daripada kawasan pedalaman yang datang ke bandar untuk mencari pekerjaan. Mereka ini, kemungkinan besar di kawasan asalnya sudah mempunyai tanah NT namun kebarangkalian tanah-tanah itu sudah dijual, berhijrah ke bandar dan untuk mendapatkan tempat tinggal, maka membina rumah-rumah setinggan di tanah-tanah milik kerajaan atau agensi kerajaan yang belum dimajukan.

Di lihat daripada presfiktif manapun, mereka yang menceroboh itu, patut keluar daripada tanah milik DBKK itu, walaupun mereka itu mendapat pembelaan daripada pemimpin politik pembangkang. DBKK kena adil pada semua, kerana mengalah bermakna memilih minoriti berbanding majoriti.

Tindakan DBKK itu mendapat sokongan majoriti, maka perlu bertindak tegas agar mereka yang menceroboh itu dengan segera keluar daripada kawasan itu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook