Latest News

Monday 22 May 2017

Mengapa Kerajaan Perlu Diubah?


PELIK sungguh pemimpin yang bernafsu sangat mengubah kerajaan BN Sabah, adalah mereka-mereka yang pernah mengecapi kejayaan dalam Parti Barisan Nasional. Di Sabah, semua parti pembangkang kecuali parti DAP, dipimpin oleh mereka mantan-mantan dari Parti Barisan Nasional. Mereka itu diasuh, dilatih, mendapat pengalaman melalui Parti Barisan Nasional.

Bagaimana pula, mereka mahu menumbangkan sesebuah parti yang memberikan mereka kedudukan, mencipta nama satu masa lalu? Sebenarnya, mereka yang bersifat demikian merupakan pemimpin yang hanya mementingkan diri sendiri, perjuangan mereka adalah untuk diri sendiri, bukannya untuk rakyat.

Bagaimana rakyat menyokong para pemimpin sedemikian? Jika mereka disokong, maka akan memanjangkan lagi perjuangan diri sendiri mereka. Yakinlah para pemimpin yang mempunyai sifat untuk menjaga kepentingan peribadi, hanya menjadikan rakyat sebagai kuda tunggangan. Rakyat Sabah perlu celik mata dan perlu menapis pemimpin mana yang perlu disokong. 

Kerajaan Sabah yang ditunjangi parti UMNO yang diterajui Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman sejak tahun 2003 telah mengatur langkah, seterusnya langkah itu diterjemahkankan melalui Hala Tuju Pembangunan dan Kemajuan Sabah yang menjadikan Sabah negeri maju pada tahun 2025.

Rakyat Sabah jangan sama sekali terperdayah dengan dakyah pembangkang, khususnya mantan-mantan pemimpin BN yang sudah bergelar Pembangkang. Kerana mereka itu, hanya mahu mempertahankan kekuasaan serta mempertahankan kedudukan untuk meneruskan dan memanjangkan kepentingan peribadi. Mereka itu terdiri daripada pemimpin yang menghalalkan cara semata-mata untuk mempergunakan rakyat.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook