Latest News

Thursday 11 May 2017

Naik Taraf Lapangan Terbang Sandakan

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Najib terus tabur janji, Musa pula yes bos... Oleh FB Tj AJamain (screenshot)

MEMANG betul sejak 5 tahun lalu, penaiktarafan Lapangan Terbang Sandakan sudah dibicarakan. Selepas 5 tahun, apabila kajian menunjukkan bahawa Lapangan Terbang itu perlu dinaiktaraf, maka Kerajaan meluluskan RM80juta untuk maksud itu.

Bukan senang atau mudah membelanjakan wang kerajaan. Sebelum membelanjakan wang kerajaan perlu kajian menyeluruh termasuk SWOT  pada sesuatu projek.  

Pihak pembangkang ternampak sangat, bahawa kalau diberi peluang pentadbiran, kewangan negara ini akan hancur. Kerana mereka itu akan membuat tindak "semborono" atau semberangan. Seperti mana dilakukan Kerajaan Pulau Pinang, kajian membuat terowong pun menelan kos lebih RM300 juta. Kajian hanya berbentuk kertas tiada impak sama sekali di lapangan.

Pembangkang atau pengguna facebook itu, berfikir apabila sesuatu projek diperlukan, maka terus umum peruntukan atau terus laksanakan projek itu, tanpa kajian. Ini namanya tindakan bodoh, kerana projek yang dibuat itu, akhirnya menjadi gajah putih. Seperti mana dilakukan oleh Datuk Seri Shafie Apdal semasa menteri KKLW. Banyak projek ratusan juta tiada manfaat langsung kepada rakyat sebabnya, projek dilaksanakan tanpa kajian yang menyeluruh. 

Lagipun, mudah sangatkah mencari wang RM80juta? Kerajaan perlu masa untuk mengumpul wang.

Naik taraf Lapangan Terbang Sandakan tiada hubungan dengan pilihan raya yang semakin dekat, kerana cadangan penaik tarafan itu sudah pun dibuat sejak 5 tahun lalu.

Sebenarnya pembangkang tidak senang hati, apabila kerajaan melaksanakan projek-projek yang memberi manfaat kepada rakyat, kerana mereka akan kehilangan isu untuk ditularkan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook