Latest News

Wednesday 24 May 2017

PATI di Sabah Semuanya Salah Pihak Kerajaan???

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Siapa dan dari mana mereka boleh dapat ic palsu ini... Oleh FB Page Sabah Sarawak Future (screenshot)

TAHUKAH anda, panjang pantai di Pantai Timur Sabah lebih 1400 km dan pantai itu, hanya sedikit di atas 30 minit boleh direntasi oleh rakyat negara jiran. 

Hakikat yang perlu diterima, bahawa permintaan terhadap pekerja gaji murah, khususnya di sektor ladang, pembinaan dan perikanan. Pendorong utama kemasukkan rakyat asing ke Sabah, terutamanya daripada Filipina dan Indonesia. Pemudah cara, bagi PATI masuk ke Sabah adalah para peniaga, kontraktor dan pengusaha ladang. Mereka inilah yang menggalakkan PATI masuk ke Sabah.

Adalah perkara lumrah, jika ada permintaan maka ada penawaran. Oleh kerana ada permintaan terhadap kad pengenalan palsu maka terwujudlah sindiket pembuat kad pengenalan palsu. Sindiket yang bermotifkan kewangan itu, merekrut pelbagai pihak, termasuk daripada agensi kerajaan termasuk daripada Jabatan Pendaftaran Negara dan Imigresen. Kata orang, wang mempermudahkan semua urusan, kerana wang semuanya “bisa diatur”.

Akibat permintaan terhadap tenaga kerja bergaji murah, kemudiannya dimanfaatkan oleh sindiket berkenaan untuk mendapatkan sumber kewangan dengan cepat. Maka sindiket pembuat kad pengenalan palsu menjadi satu "perniagaan" berskala besar bukan sahaja terhad di Sabah, malah telah merebak di seluruh negara. Bagi pencari kerja yang berstatus PATI, tidak kiralah bagaimana mereka mendapatkan kad pengenalan yang membolehkan mereka bebas mencari kerja di negara ini.

Impak kepada permintaan atas tenaga kerja murah, yang kemudiannya diambil peluang oleh pihak-pihak tertentu.. Maka negara terpaksa berbelanja besar, termasuk mengwujudkan ESSCOM/ESSZONE. Selain itu, terpaksa berbelanja besar bagi menjalankan operasi, membina pusat penempatan sementara dan juga terpaksa menyediakan makan dan minum kepada semua PATI yang berjaya ditangkap. Di samping itu, terpaksa berbelanja besar membayar kos penghantaran pulang para PATI ke negara asal.

Belanja besar bagi menampung operasi ESSCOM/ESSZONE termasuk membeli aset-aset ketenteraan menelan belanja dan kos ratusan juta ringgit. Jika pihak-pihak tertentu dalam perkara ini, para peniaga, kontraktor, penguasa ladang, tidak menggajikan PATI. Sudah tentu, kos yang berjuta ringgit semata-mata untuk menjaga Pantai Timur Sabah boleh digunakan untuk pembinaan kemuadahan asas. Selain itu, boleh menubuhkan berbagai syarikat GLC atau industri yang boleh membuka peluang pekerjaan.

Kerajaan terpaksa berbelanja besar, kerana perbuatan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan paling malang, selain kerajaan terpaksa berbelanja besar bagi membenteras PATI. Terdapat pihak-pihak tertentu, seperti pengguna facebook itu, menuduh kerajaan sebagai dalang kepada kemasukan PATI. Dalam keadaan ini, kerajaan dalam keadaan sudah jatuh ditimpa tangga pula.

Bermula pada tahun 2014, Kerajaan Sabah sudah melaksanakan tindakan memburu, menangkap dan menghantar pulang PATI, dan tindakan itu beterusan, sehingga Sabah sifar PATI. Cuba bayangkan berapa kos yang kerajaan terpaksa tanggung, kerana berjaya menghantar pulang lebih 500,000 PATI dalam tempoh 5 tahun, ke negara asal mereka. Perlu diingat, sebelum dihantar pulang, kerajaan terpaksa mengeluarkan kos operasi menangkap, kos penempatan sementara termasuk makan minum berbulan-bulan.

Inilah akibatnya, apabila ada rakyat negeri yang tidak bertanggungjawab semua pihak terpalit.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook