Latest News

Thursday 18 May 2017

Pemimpin Adalah Pemudah Cara Menyelesai Masalah


APA yang perlu disedari oleh pemimpin bahawa mereka itu merupakan agen kepada penyelesai masalah. Pemimpin selain, agen kepada pembangkit permasalahan yang dihadapi rakyat, akan tetapi juga sebagai pemudah cara menyelesaikannya.

Keadaan demikian hanya didapati pada pemimpin yang merupakan sebahagian daripada kerajaan. Manakala mereka yang bukan cuba pula berhujah, kadangkala hujah mereka itu lebih bersifat retorik dan sukar untuk dilaksanakan jika melihat kepada situasi dan keadaan. 

Bagi menggelak kekangan yang ada pemimpin yang tiada kuasa, kadangkala mahu mengambil alih kuasa Tuhan dan berhujah bahawa mereka itu mempuyai lampu aladdin apabila mendapat kuasa. Sedangkan hujah-hujah mereka itu, kalau dilaksanakan lebih menjurus kepada seperti tikus membaiki labu.

Hujah Presiden Parti Warisan Sabah kononnya apabila partinya mendapat kuasa, maka akan menubuhkan Kementerian Pendidikan negeri dan Kementerian Kesihatan sendiri. Hujah ini hanya merupakan hujah retorik, kerana walaupun diatas kertas boleh dilaksanakan, akan tetapi pelaksanaannya dilapangan terlalu sukar dilakukan. Sebabnya, sangat berkait dengan bajet.  

Misalan, bagi Kementerian Pendidikan gaji untuk guru-guru sahaja di atas RM3.7 bilion setahun, tidak termasuk kos sokongan seperti alat-alat bantu mengajar atau bilik-bilik darjah. Demikian juga kos kesihatan, gaji untuk kakitangan sahaja, hampir sama dengan kos gaji guru-guru. Bermakna dua kementerian itu perlu sekurang-kurangnya RM7.4 bilion setahun.  

Bagi sektor kesihatan sudah tentu, berkaitan dengan kos ubat, kos bilik rawatan, kos-kos lain seperti x-ray, makmal-makmal (laboratory) dan sebagainya. Secara kasarnya dua kementerian itu memerlukan sekurang-kurangnya RM20 bilion setahun.

Kalau melihat kemampuan Sabah mendapat kewangan berasaskan potensi yang ada, yakni potensi berasaskan aktiviti ekonomi dan perkhidmatan. Pendapatan negeri ini berlegar-legar pada angka RM3.7 bilion, di mana di dalamnya sudah termasuk bayaran tunai daripada Petronas.

Parti Warisan Sabah seolah-olah mempunyai lampu aladdin untuk menambah pendapatan Sabah. Kerana jika dilihat daripada potensi ekonomi dan perkhidmatan yang terdapat di Sabah terlalu sukar untuk Sabah mendapat lonjakan pendapatan yang boleh mencapai RM25 bilion setahun, kecualilah kawasan hutan yang ada terus ditebang.  

Kalaupun dijalankan penebangan hutan secara besar-besaran, paling-paling pun dapat menyumbang RM2 bilion setahun. Oleh kerana jumlah kewangan itu tidak mencukupi, maka perlu menjual aset negeri  termasuk tanah dan Yayasan Sabah. Selain itu, syarikat-syarikat negeri perlu juga dijual, seperti mana pendekatan sebelum Kerajaan daripada Parti Barisan Nasional memerintah tahun 1994.

Malah Yayasan Sabah hampir terjual pada tahun 1994, apabila Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjual Yayasan Sabah ke sebuah syarikat senaraian awam. Rakyat Sabah bernasib baik, kerana tindakan itu berjaya dihalang oleh Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, jika tidak khazanah milik rakyat Sabah itu sudah berpindah tangan.

Kepada rakyat Sabah, yakinlah hujah-hujah parti pembangkang khas para pemimpin Parti Warisan Sabah hanya bersifat retorik dan tidak mempunyai merit untuk dilaksanakan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook