Latest News

Tuesday 2 May 2017

Perumahan Daif Presiden Warisan Mesti Merasa Malu

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Ke daifan masyarakat di parlimen Libaran... Oleh FB Mohd Azis Bin Hj Jamman  (screenshot)

RUMAH panggung merupakan pemandangan mata di perkampungan tradisi di Sabah, khususnya bagi kawasan yang tidak digazetkan sebagai kawasan perkampungan.
Sesebuah perkampungan yang tidak digazetkan sebagai perkampungan,  bukan tidak dibangunkan oleh kerajaan. Tetapi kos pembangunannya hanya bersifat “one off” atau peruntukan khas samada daripada DUN atau Parlimen, mahupun peruntukan khas Jabatan Ketua Menteri atau Kementerian Kewangan dan peruntukan khas daripada kementerian tertentu.

Menurut dakwaan Ketua Wira Parti Warisan Sabah, bahawa jalan kampung yang dibina pada perkampungan yang dimaksudkan datangnya daripada KKLW. Memang pun tujuan kementerian itu adalah membina prasarana perkampungan yang dipanggil Jalan Raya Luar Bandar (JALB),  sama juga dengan pembinaan Bekalan Air Bersih Luar Bandar (BALB) mahupun Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB). Sebab itu, kerajaan Persekutuan menyalurkan berbilion ringgit kepada kementerian tersebut bagi maksud menaik taraf jalan-jalan perkampungan.

Jika keadaan seperti mana yang ditunjukkan oleh Ketua Wira Parti Warisan Sabah itu masih wujud. Maknanya, Presiden partinya bekas Menteri KKLW benar-benar gagal menjalankan tugas, kerana tanggungjawab yang diberikan tidak dilaksanakan sepenuhnya. Apa yang malang, meskipun jalan perkampungan itu dibina oleh KKLW, ianya tidak menepati sasaran kerajaan. Kerana kawasan perkampungan yang digazetkan sebagai perkampungan tidak diutamakan, melainkan kawasan yang bukan digazetkan.  Maknanya, pembinaan jalan kampung  bagi kawasan perkampungan yang tidak digazetkan sebagai perkampungan, tidak menepati tujuan kerajaan, bahawa setiap sen wang kerajaan, perlulah meliputi ramai rakyat bukannya satu atau dua keluarga.

Tidak salah membina jalan perhubungan ke satu atau dua buah rumah, seperti yang dibanggakan oleh Ketua Wira parti Warisan itu.  Tetapi, dakwaan dia itu menunjukkan bahawa Datuk Seri Shafie Apdal semasa masih menteri KKLW benar-benar tidak memberi keutamaan kepada majoriti, akan tetapi kepada satu atau dua keluarga. Inilah sebenarnya yang berlaku mengapa dana persekutuan yang berbilion ringgit yang disalurkan melalui KKLW, walaupun habis dibelanjakan tetapi tidak berimpak di lapangan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook