Latest News

Wednesday 3 May 2017

Presiden Warisan Terdesak Jadikan Pesta Ka'amatan Sebagai Isu

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Hahah UMNO sudah takut lagi... Oleh FB Darell Leiking (screenshot)




KAUM atau Masyarakat KDM sudah bertindak balas terhadap kerajaan pimpinan Tan Sri Harris Mohd Salleh pada tahun 1985. Apabila mantan Ketua Menteri itu mengambil peranaan Hoguan Siou KDM, kerana Tan Sri Harris menukar istilah Pesta Menuai kepada pesta rakyat. Pihak KDM hanya akan menghormati, apabila pemimpin daripada kaum mereka bercakap berkaitan dengan kaum itu.

 

Kenyataan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkaitan Pesta Ka'amatan untuk menjadikan 30 dan 31 Mei sebagai cuti umum negara boleh dilakukan. Jika para pemimpin KDM memintanya dan mencadangkannya. Menurut Shafie Apdal, pemimpin KDM yang meminta 30 dan 31 Mei dijadikan cuti umum negara hanya Darell Leiking. Sedangkan menurut Presiden Parti Warisan Sabah itu, Masyarakat KDM mempunyai tiga menteri penuh di peringkat persekutuan dan boleh sahaja mereka itu membisikkannya kepada YAB Perdana Menteri. Seperti mana dilakukan untuk tarikh 16 September dijadikan sebagai cuti umum negara bermula tahun 2010.



Sebenarnya, kenyataan Shafie Apdal berkaitan cuti umum untuk pesta keaamatan bukan urusan politik pun, ianya hanya urusan pentadbiran. Bila-bila masa sahaja tarikh 30 & 31 Mei serta 1 Jun dimasukkan dalam kalender cuti umum negara.



Namun, mengangkat isu pesta ka'amatan dijadikan sebagai isu sebenarnya menggambarkan Bekas Menteri KKLW itu dan partinya Warisan ketandusan isu dan idea.  Mereka kehilangan punca, bagaimana menarik sokongan rakyat Sabah kerana setiap jelajah parti itu tidak menadapat sambutan seperti mana yang diharapkan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook