Latest News

Thursday 4 May 2017

Projek JKKK Manfaat Untuk Kampung

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Beginikah yang dkatakan rakyat didahulukan pencapaian... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

PROJEK JKKK boleh dilaksanakan oleh kontraktor atau secara gotong royong. Pejabat Daerah menyalur dana, sumber tersebut sama ada ADUN atau Parlimen. Untuk membeli batu kecil atau batu bercampur pasir bagi maksud memperbetulkan jalan yang tidak tersenarai sebagai jalan yang digazetkan. 

Jika sesebuah jalan digazetkan sebagai jalan kampung, maka Jabatan Kerja Raya yang akan menyelenggara. Kalau jalan itu, dibina secara one-off penyelenggaraannya juga secara one-off atau melalui peruntukan khas, sama ada daripada kementerian tertentu atau dana ADUN mahupun Parlimen.

Pihak JKKK mempunyai pilihan samada melaksankan pembaikan jalan diberikan kepada kontraktor, atau melalui gotong royong. Kalau gotong royong samalah seperti mana gambar yang ditularkan.

Tulun Sabah, pantang melihat penduduk bergotong royong dan terus mendakwa bahawa kerajaan gagal membela rakyat. Walaupun, dia sendiri tidak tahu di sebalik gambar tersebut.

Melalui gotong royong, pihak-pihak yang terlibat akan mendapat pendapatan secara sama rata. Sebagai contoh, jika peruntukan sebanyak RM20 ribu, kos batu dan pasir RM10 ribu. Maka baki RM10 ribu dibagi sama rata kepada mereka yang terlibat.

Tulun Sabah, cemburulah tu, kerana pihak JKKK mendapat tambahan pendapatan!!!!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook