Latest News

Saturday, 6 May 2017

PRU-14, Sabah: Apa Pilihan Rakyat?


SETIAP pilihan raya ada dua kemungkinan. Kemungkinan pertama, parti yang memerintah mendapat mandat semula daripada rakyat; Kemungkinan kedua, parti pembangkang menang dan menubuhkan kerajaan baru.
Di Sabah, kebiasaan setiap 9 tahun bertukar kerajaan terkekang atau tertahan sejak tahun 1994. Kerajaan yang memerintah Sabah sekarang ini adalah kerajaan yang dibentuk pada tahun 1994 dan telahpun berusia 23 tahun.

Kerajaan  sekarang ini juga lah mencatit rekod paling ramai Ketua Menteri dan  Ketua Menteri yang paling lama. Melalui kerajaan yang sekarang ini juga telah banyak mencatit rekod, baik dari segi rekod kewangan mahupun pembangunan.

Kalau melihat kepada pencapaian kerajaan yang sekarang ini, tiada cacat celahnya sebabnya, kerajaan yang ada sekarang benar-benar mendengar nadi degup jantung rakyat. Kerajaan yang ada sekarang ini memajukan rakyat dan negeri sesuai dengan kemampuan negeri. Selain itu, mendapat sokongan 100% daripada kerajaan Persekutuan.

Memetik kata-kata Ketua Menteri Sabah, kerajaan Persekutuan sentiasa komited kepada pembangunan dan kemajuan negeri. Setiap permintaan atau permohonan kerajaan negeri daripada kerajaan Persekutuan, sentiasa diberikan asalkan permintaan atau permohonan itu kepentingan rakyat dan negeri.

Selain itu, Perdana Menteri komited agar kemajuan negeri dan rakyat dipercepatkan, supaya setara dengan kemajuan di Semenanjung. Melihat kepada perancangan Kerajaan Negeri dan Persekutuan memajukan rakyat dan negeri, tidak nampak bagaimana rakyat negeri ini sanggup melepaskan peluang itu.

Atas sebab itu rakyat negeri ini, perlu berhati-hati berkaitan hujah-hujah atau janji-janji parti pembangkang. Kerana hujah-hujah mereka itu, hanya bersifat retorik serta janji-janji mereka bagai janji bulan bintang. Rakyat negeri ini, jangan terperangkap dengan mendengar guruh di langit lalu air di tempayan dicurahkan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook