Latest News

Sunday 14 May 2017

PRU-14 Sabah: Ke Mana Hala Tuju KDM?


KALAU data keputusan PRU-13 digunapakai, maka hala tuju kaum KDM berkecendurangan menolak Barisan Nasional. Mengapa? Sedangkan kumpulan itu mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding kumpulan kaum-kaum lain.

Di dunia tiada kaum  dimana perayaannya disambut selama sebulan bukan sahaja melibatkan rakyat akan tetapi pemimpin dan kerajaan. Tadau Ka'amatan bukannya berasaskan agama tetapi tradisi dan adat. Atas sebab itu, perayaan itu tidak boleh disamakan dengan mana-mana tuntutan agama. Setiap bulan Mei setiap tahun pesta menuai atau Tadau Ka'amatan disambut di Sabah selama sebulan penuh dan kemuncaknya pada 30 dan 31 bulan Mei.

Sambutan Tadau Ka'amatan bukan sahaja di sambut di setiap daerah ia juga disambut diperingkat kampung di seluruh kawasan asalkan kawasan itu ada penduduk daripada kaum KDM.

Bagi mengisi sambutan itu yang paling menonjol adalah menobatkan gadis tercantik daripada kaum ini melalui acara pencarian "Unduk Ngadau"

Gadis yang mendapat gelaran "Unduk Ngadau" menggambarkan pengorbanan seorang gadis tercantik daripada kaum itu mengorbankan dirinya semata-mata untuk memberi sumber makanan kepada kaumnya berbentuk padi. 

Pesta Menuai atau Tadau Ka'amatan kadangkala menjadi isu politik. Contoh bagaimana pesta ini menjadi isu politik apabila kaum itu mempolitikkan pesta itu semasa pemerintahan Parti Berjaya 1976-1985. Penukaran istilah pesta itu kepada Pesta Rakyat telah menjadi katalis kepada kekalahan sesebuah parti yang sedang memerintah.

Kini pesta itu cuba dipolitikkan semula. Kenyataan Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal supaya pesta itu dijadikan Cuti Kebangsaan telah mendapat reaksi daripada pelbagai pihak. Ada yang menyokong, ada yang mendakwa bahawa Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketandusan isu bagi melawan Barisan Nasional.

Tidak jelas apa tujuan Shafie Apdal menjadikan Tadau ka'amatan sebagai cuti kebangsaan.? Apakah dengan mengistiharkan cuti tersebut, maka Presiden Warisan itu mahu memaksa  rakyat seluruh negara perlu mengiktiraf acara budaya dan adat kaum KDM? Di mana budaya dan adat itu hanya ada di Sabah.

Kalau melihat daripada sambutan pesta itu, negara juga menyambutnya melalui Kementerian Pelacongan dan Kebudayaan Malaysia. Malah, peruntukan daripada kerajaan negeri mahupun pusat diberikan.

Sedarkan Shafie Apdal bahawa tiada acara adat dan budaya mendapat peruntukan daripada kerajaan, kecuali Pesta Ka'amatan dan Hari Gawai.

Berbalik kepada pertanyaan, ke mana hala tuju kaum KDM pada PRU-14 Sabah? Kalaulah kaum itu melihat benar-benar keistimewaan kaum itu  yang diberikan kerajaan berbanding kaum-kaum lain di Sabah.  Maka, seharusnya kaum itu menjadi tonggak depan menyokong parti  yang sedang memerintah.

Persoalannya, mengapa kaum itu berkecenderungan menolak parti yang sedang memerintah?  Pertanyaan ini hanya boleh dijawab oleh kaum itu sendiri.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook