Latest News

Wednesday 17 May 2017

PRU-14 Sabah: Mengapa Perlu Pertahankan BN?


APA yang dicari rakyat daripada sesebuah kerajaan adalah pembelaan bukannya hujah-hujah retorik atau janji bulan bintang. Rakyat di semua kawasan Parlimen atau DUN perlu melihat kiri kanan dan depan, apa pembelaan kerajaan terhadap mereka.

Rakyat perlu membandingkan keadaan mereka 10 tahun lalu berbanding dengan keadaan sekarang. Apakah berlaku “upgrade” atau “downgrade”. Pendekatan kerajaan sekarang bersifat “in-situ” ertinya, setiap pemimpin kawasan perlu memastikan pembelaan apa yang diperlukan rakyat. 

Rakyat setiap kawasan bekerjasama dengan pemimpin perlu mengenalpasti bentuk pembangunan atau kemajuan yang diperlukan. Kemudiannya bentuk pembangunan yang diperlukan itu dimasukkan dalam pelan pembangunan daerah yang dikoordinasikan oleh Pejabat Daerah yang diketuai Pegawai Daerah. 

Pelan pembangunan itu seterusnya dikemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri untuk penelitian dan kajian. Selepas itu, dikemukakan kepada kerajaan untuk pelaksanaan. Setiap pelan pembangunan berserta kosnya akan dimasukkan dalam bajet negeri, dan bajet itu dikemukakan  untuk kelulusan pada persidangan  Dewan Undangan Negeri. 

Hakikat yang perlu diketahui rakyat bahawa setiap pembangunan merupakan usul atau cadangan daripada daerah-daerah yakni melalui Pejabat Daerah. Usul atau cadangan inilah yang diguna pakai. Setiap cadangan atau usul hendaklah tercakup atau terangkum pada kementerian-kementerian atau jabatan-jabatan kerajaan, ataupun boleh juga dimasukkan melalui peruntukan khas.

Jika sesuatu kawasan didapati kurangnya pembangunan atau pembinaan kemudahan asas untuk keperluan rakyat. Bukan bermakna kawasan itu dianaktirikan oleh kerajaan, akan tetapi kemungkinan besar cadangan atau usul daripada pejabat daerah lambat atau tidak dikemukakan ke bahagian Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) untuk tujuan kajian ke arah pelaksanaan.

Jika sesuatu cadangan sudah dikemukakan kepada UPEN, maka adalah tugas wakil rakyat dan pejabat daerah dalam perkara ini, pegawai daerah menyusuli cadangan-cadangan itu. Apabila cadangan-cadangan sudah dimuktamadkan adalah tugas kerajaan untuk melaksanakan termasuk mencari dana. 

Apa yang pasti apabila sesuatu cadangan pembangunan dimuktamadkan kerajaan akan berusaha mencari dana untuk pelaksanaan.  Atas sebab itu, sesebuah kerajaan yang memerintah perlu diteruskan agar perancangan yang telah dimuktamadkan akan dapat direalisasikan demi kepentingan rakyat.

Setiap pembangunan atau kemudahan yang perlu dilaksanakan perlu peruntukan. Peruntukan bukan mudah dicari, kerana ianya tertakluk kepada sumber kewangan negeri.  Tetapi apa yang pasti, setiap pembangunan untuk kepentingan rakyat pasti dilaksanakan sesuai dengan kemampuan kewangan kerajaan.

30 tahun lalu Sabah mundur termasuk rakyatnya. Sebabnya, akibat perubahan kerajaan. Kata orang, setiap air bah, maka pantai berubah. Demikian juga cara kerajaan. Namun, perubahan itu bukan membawa kebaikan, tetapi seperti tikus membaiki labu. Mujurlah semua kerosakan itu pelahan-lahan dapat dibaiki apabila Parti UMNO melebarkan sayapnya ke Sabah.

Kerajaan Sabah yang ditunjangi UMNO, selain impak saf kepimpinan yang sentiasa bergading bahu serta tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman yang berpandangan jauh.

Kerajaan yang ada pada hari ini, ibarat angsa betelur emas. Mengapa perlu menyokong mereka yang mahu membunuh angsa bertelur emas? Tepuk dada tanya selera.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook