Latest News

Wednesday 17 May 2017

PRU-14 Sabah: Rakyat Perlu Mempertahankan Kerajaan BN


MENGAPA rakyat Sabah perlu pertahan kerajaan BN Sabah? Sebabnya kerajaan yang sekarang ini, mampu menurunkan kadar kemiskinan Sabah, kerajaan yang ada sekaranglah yang mampu meningkatkan pendapatan negeri Sabah, kerajaan yang ada sekaranglah mampu meningkatkan simpanan kewangan negeri. Selain itu, kerajaan sekarang juga yang mencipta pengurusan kewangan tanpa teguran daripada Ketua Audit Negara, kerajaan yang sedia ada ini mendapat pengiktirafan dunia dalam sistem pengurusan kewangan.

Kerajaan sekaranglah yang berjaya merealisasikan Lebuh Raya Pan Borneo, kerajaan sekarang juga yang mampu mengekalkan hutan simpan sehingga 30 peratus keluasan negeri. Di samping itu, kerajaan sekaranglah yang mendapat kerjasama tinggi daripada kerajaan Persekutuan, kerajaan sekarang inilah yang berjaya membina Universiti Malaysia Sabah (UMS). Bukan itu sahaja kerajaan sekarang inilah yang dapat menaiktaraf Lapangan Terbang Kota Kinabalu dan Sandakan, kerajaan sekaranglah yang menjadi tumpuan kedua pelancong  luar negara selepas Kuala Lumpur.

Kerajaan sekarang inilah yang menjadikan imej Sabah harum, sehinggakan menjadi tumpuan orang luar, sehinggakan Lapangan Terbang  Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) merupakan lapangan kedua tersibuk selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kerajaan sekarang inilah yang berjaya memaksa Petronas membina kilang baja SAMUR di Sipitang, kerajaan yang ada sekaranglah berjaya membina SGOT di Kimanis serta kerajaan yang ada sekaranglah yang membangunkan POIC di Lahad Datu. Selain itu juga, kerajaan yang sekaranglah berjaya menubuhkan ESSCOM untuk menjaga ESSZONE di Pantai Timur negeri Sabah.

Kerajaan yang ada sekaranglah yang sangat prihatin pada kumpulan-kumpulan NGO dan keagamaan, sehingga ratusan juta ringgit diberikan. Kerajaan yang sekarang inilah di mana para pemimpinnya sentiasa dekat dengan rakyat, membela rakyat, tanpa mengenal masa dan keadaan.

Kerajaan yang sekarnglah mempunyai hala tuju pembangunan dan Kemajuan Sabah yang menjadikan Sabah, negeri maju menjelang tahun 2025. Kalaulah, kerajaan ini memerintah Sabah lebih awal daripada tahun 1994, kemungkinan besar negeri  ini termasuk negeri maju menjelang tahun 2020.

Sebenarnya kerajaan sekarang ini mempunyai perancangan mapan untuk negeri, rakyat dan generasi akan datang. Atas sebab itu, rakyat negeri  ini, tiada sebab untuk menggantikan  dengan kerajaan yang hanya bersifat tikus membaiki labu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook