Latest News

Tuesday 23 May 2017

Ratu Pondan Sempena Ka'amatan Bukan Anjuran BN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Ratu.Pondan mencemari Pesta Kebudayaan Bangsa.KDMR Sabah... Oleh FB Edward Stephen Edward Stephen (screenshot)

PESTA Ka'amatan memang pada zahirnya merupakan upacara “kesyukuran” bagi kaum KDMR, selepas musim menuai. Pesta menuai merupakan pesta adat dan budaya dan tiada kaitan dengan keagamaan.

Kalau melihat daripada segi agama, acara ratu pondan, memangpun mencemarkan sesuatu perayaan. Namun, ka'amatan yang merupakan perayaan adat dan budaya diselitkan dengan berbagai acara, termasuk unduk ngadau, sugandoi dan berbagai acara keramaian lagi.

Memang acara ratu pondan merupakan satu kelainan, akan tetapi ianya merupakan acara keramaian oleh golongan itu, sebagai acara menyambut perayaan itu.

Kita tidak boleh menafikan hak mereka yang berwatakan “pondan”, kerana mereka juga rakyat negeri ini, meskipun daripada segi undang-undang tiada pengiktirafan. Tiada kesalahan, jika para pondan mencari ratu untuk golongan itu, dan cara itu merupakan cara golongan berkenaan merayakan ka'amatan.

Jangan kaitkan parti Barisan Nasional, kerana semata-mata acara itu dirasmikan oleh pemimpin parti kompnen BN, kerana acara demikian, bukan anjuran parti.  Penganjur, hanya meminta Ketua Bahagian MCA merasmikannya, atas sifat individu bukanpun membawa partinya semasa merasmikan acara itu. Lain halnya, kalau acara itu dianjurkan oleh parti MCA, maka bolehlah dikaitkan dengan parti MCA secara langsung, dan parti BN secara tidak langsung.

Acara seumpama ini acara mencari ratu pondan, antara pondan, bukan julung kali diadakan, sempena ka'amatan, kerana sebelumnya mereka juga mengadakan acara itu. Hanya bezanya, ianya tidak diwar-warkan di media sosial, seperti mana dilakukan oleh pengguna facebook itu.

Mungkin bukan kebiasaan mencari “ratu pondan” kerana memang kedudukan pondan tidak mempunyai kedudukan undang-undang di negara ini, atas sebab itu, pengguna facebook itu, merasa terkilan dan mendakwa mencemarkan pesta ka'amatan.

Sebenarnya, pesta kaamatan sebagai acara adat dan budaya, tidak juga tercemar, jika mereka yang tergolong dalam kaum itu merayakan berlainan sedikit daripada kebiasaan, kecualilah, acara yang mereka laksanakan melanggar undang-undang dan melanggar moral kesopanan adat timur.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook