Latest News

Sunday 14 May 2017

Sabah Structural Plan 2033

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Stop giving promises after promises just because election is nearing... Oleh FB Junz Wong (screenshot)

JUNZ Wong bercakap sesuatu yang sebenarnya dia sendiri tidak tahu.  Dalam satu tulisan yang dipetik portal media alternatif, ADUN Katak daripada DAP itu mempersoalkan tempoh masa kelulusan sesuatu projek pembangunan di kawasan majlis tempatan dengan keadaan kesesakan jalan raya. Sudah tentunya pemimpin Parti Warisan Sabah itu merujuk kepada kawasan Kota Kinabalu atau kawasan-kawasan pekan yang tiba-tiba menjadi pekan kaya, kerana diancam kesesakan jalan raya.

Untuk makluman ADUN yang mahu mencontohi Rafizi Ramli itu, yakni bertindak melulu tanpa menggunakan akal termasuk menipu dan berbohong. Kerajaan pimpinan Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman telah mewarisi bandar yang telah wujud sebelum merdeka daripada kerjaan Usno, Berjaya dan PBS. 

Bangunan-bagunan atau jalan raya yang telah ada dibangun atau dibina sebelum Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman mengambil alih jawatan Ketua Menteri. 

Hujah ADUN Likas itu, kononnya plan pembangunan yang ada menyumbang kepada kesesakan lalu lintas. Ini bermakna untuk mengatasi keadaan itu, maka kerajaan atau majlis tempatan perlu merobohkan bangunan-bnagunan yang menghalang lalu lintas. Selain itu, perlu memindahkan taman-taman perumahan yang ramai penduduk ke satu lokasi yang kurang padat.

ADUN Likas itu, langsung tidak menggunakan akal bahawa pertambahan penduduk semakin hari meningkat, kerana “life span” penduduk atau rakyat semakin lama akibat perkhidmatan kesihatan yang baik.

Apabila jumlah penduduk bertambah adalah lumrah seseuatu keperluan juga bertambah seperti kenderaan ataupun akses pengangkutan. Apabila itu berlaku, maka kesesakan lalu lintas pasti berlaku, kerana pertambahan kilometer jalan raya. Sebagai contoh, penduduk Kg. Likas yang semakin bertambah tidak masuk akal untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di Kota Kinabalu, maka penduduk Kg. Likas perlu berpusing jauh barulah menuju  Kota Kinabalu.

Sebenarnya ADUN Likas itu, langsung tidak memahami perancangan bandar.  Perancaangan bandar, sangat tertakluk kepada penyediaan kemudahan asas seperti bekalan air, bekalan elektrik, tanah tersedia untuk pembinaan jalan sebelum sesebuah projek diluluskan.

Apa guna satu taman perumahan diluluskan kemudiannya, taman itu tidak mempunyai jalan masuk keluar, rumah-rumah tidak dapat dibekalkan bekalan air, bekalan elektrik, kerana infrastruktur untuk itu belum tersedia.

Sebenarnya, hujah ADUN Likas itu mempunyai niat jahat, disebalik mempersoalkan tempoh masa kelulusan sesebuah projek. Tempoh yang singkat sebenarnya menyumbang kepada kecelaruan pembangunan dan keadaan inilah yang menyumbang kepada bandar rojak mahupun bandar tidak teratur.

Kerajaan Sabah jangan terpengaruh dengan hujah-hujah ADUN Likas itu, kerana ia dituruti lebih membawa banyak masalah daripada kebaikan.

Junz Wong sebenarnya mempunyai muslihat jahat untuk memperangkap pemimpin kerajaan dengan hujah-hujah yang mengelirukan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook