Latest News

Friday 26 May 2017

Salahkah Wakil Rakyat Guna Helikopter???

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Pakai helicopter melawat kg Sulakolung Pitas... Oleh FB Edwod Juslin (screenshot)
(ii) Pakai helicopter melawat kg Sulakolung Pitas... Oleh FB Paga Tulun Sabah (screenshot)

HANYA satu sebab mengapa kadang-kadang para wakil rakyat terpaksa menggunakan helikopter untuk melawat kawasan, yakni kerana adanya jadual yang ketat. Apabila ada jadual ketat, pada hari yang sama, maka seseorang wakil rakyat terpaksa berbelanja lebih dengan menyewa heli untuk kawasan-kawasan yang jauh.

Siapapun pemimpin sama ada daripada pembangkang atau perseorangan akan menggunakan helikopter atau pengangkutan udara yang lain. Jika ada jadual yang bertembung antara satu sama lain, bagi seseorang wakil rakyat yang bertanggungjawab tidak akan mengecewakan rakyat yang hendak dilawati merasa kecewa, kerana pembatalan turun padang pada saat-saat akhir.

Bagi pembangkang tidak mahu melihat bahawa wakil rakyat yang terpaksa naik helikopter adalah semata-mata memanfaatkan masa yang singkat untuk memenuhi acara turun padang. Sebaliknya mereka itu berfikiran negatif dan buruk sangka, kononnya wakil rakyat itu mahu menggelak jalan darat yang dikatakan tidak terurus termasuk berlubang-lubang.

Di Sabah, memang diakui jalan-jalan perhubungan antara kampung masih banyak yang perlu dinaik taraf. Proses penaiktarafan itu, tidak mengenal parti mana yang memerintah, kerana kerajaan akan cuba menaik taraf setiap kemudahan asas rakyat dan sudah tentu bergantung kepada kewangan kerajaan.

Bayangkan kerajaan Barisan Nasional Sabah yang mendapat bantuan atau sokongan kewangan daripada kerajaan persekutuan masih lambat menaik taraf jalan-jalan kampung. Bayangkan jika parti pembangkang tempatan yang memerintah lagi lama jalan-jalan seumpama itu boleh dinaik taraf. Kerana kerajaan tiada sumber kewangan yang mencukupi. Parti PBS semasa menjadi kerajaan selama 9 tahun, kerana tidak mendapat bantuan kewangan daripada persekutuan, Sabah dan rakyatnya jadi mundur. Jalan Kanibongan-Narandang itu adalah warisan kerajaan parti PBS, di mana di antaranya adalah pemimpin SAPP (Datuk Yong Teck Lee), pemimpin PCS (Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing) parti STAR (Datuk Dr Jeffery Kitingan).

Jadi, mahu sokong parti tempatan lagi? Tulun tokuo nanti jadi miskin.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook