Latest News

Monday 22 May 2017

Satu Imaginasi Yang Karut Oleh Pengguna Facebook Tersebut

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) For the last 22 years I'm guessing none of you... Oleh FB Jo Nandu (screenshot)

SOALAN 1-7 yang diutarakan pengguna facebook itu merupakan satu imaginasi karut yang terlahir daripada seorang manusia yang busuk lagi membusukkan. Apabila hati seorang manusia yang busuk dan membusukkan, maka apa sahaja hujah atau dakwaannya memangpun busuk serta mengarut.

Soalan 1-7, bukan sahaja dakwaan karut dan busuk, akan tetapi tiada fakta langsung. AFS memberi maklum balas, kerana pengguna facebook ini, menafikan pelayar laman sosial dengan fakta dan maklumat yang benar.

Pengguna facebook itu, hanya syiok sendiri dengan dakwaannya dan disokong oleh mereka yang juga berjiwa busuk dan buruk. Tetapi mereka melupakan bahawa dunia sekarang adalah dunia tanpa sempadan, di mana setiap rakyat dengan mudah mencari tahu fakta dan maklumat betul dan sahih.

Walaupun merupakan penyokong pembangkang janganlah menjadi sebahagian daripada manusia pembohong, kerana satu hari nanti, pembohongan itu memakan diri sendiri, seperti meludah ke langit jatuh di mulut sendiri.

Pembohongan dan fitnah tidak akan ke mana-mana, mungkin di laman sosial, mendapat perhatian, akan tetapi mereka yang melayari dan melayan pembohongan itu, akan membakul sampahkan dakwaan-dakwaan itu.

Soalan 1-7 daripada pengguna facebook itu, bukan bersumber daripada mana-mana, akan tetapi hanya khayalan pengguna facebook itu. Di mana jarinya yang tidak berakal, tidak mampu berkomunikasi dengan otaknya, mungkin juga otaknya, sama dengan jarinya yang tidak berakal.

Pengguna faecbook itu, sejak bergiat dalam laman sosial, dipenuhi dengan khayalan bohong dan fitnah, kerana dia sudah memilih sebagai penabur fitnah untuk disimpan di alam maya.

Alam maya merupakan tong sampah yang tiada batasannya, kerana sebanyak manapun sampah akan disimpan. Mungkin atas pengertian itu, maka pengguna facebook tersebut mahu jadi senarai atas sebagai pembuang sampah yang terhebat.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook