Latest News

Friday 5 May 2017

Shafie Apdal Bersama Parti Warisan Tiada Uummh!!


DATUK Seri Mohd Shafie Apdal bersama Parti Warisan Sabah, hanya keseorangan, mahu mengambil alih sokongan Bumiputera Islam. Khsusunya daripada RUMPUN USBO yang merupakan majoriti ahli parti UMNO, malangnya beliau tiada merit dan keupayaan untuk itu. Kerana ahli dan penyokong Parti UMNO masih berdiri teguh di belakang parti tersebut.

Shafie Apdal tiada kekuatan bersaing untuk mendapatkan sokongan ahli atau penyokong Parti UMNO daripada para pemimpin yang ada sekarang. Khususnya daripada Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Timbalan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Salleh Tun Said, para pemimpin UMNO lain. Seperti Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor, Datuk Tawfiq DSP Abu Bakar Titingan, Datuk Seri Panglima Abdul Ghafur Salleh dan sokongan pertubuhan USBO kepada parti UMNO yang diterajui oleh Presiden pertubuhan itu, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia.

Di atas kertas nampak mudah atas semangat politik, itulah perasaan penyokong Parti Warisan Sabah akan tetapi yang mahu dipengaruhi adalah rakyat yang telah melalui pengalaman politik Sabah selain mereka yang sudah masak dengan politik Sabah serta mahir dalam senario politik Sabah. Di samping itu, mereka yang telah mengalami dan merasai asam garam politik Sabah.

Politik bukan dilihat pada sosok individu, akan tetapi dilihat pada sokongan massa atau rakyat. Seseorang pemimpin politik tidak membawa erti apa-apa, jika parti yang didokongnya tidak mendapat sokongan massa.

Pengalaman yang pernah berlaku pada Parti Berjaya dan PBS tidak berulang pada parti Warisan Sabah. Kerana isu yang mendokong kewujudan parti itu bukan bercorak merakyat atau pro rakyat akan tetapi kewujudan parti itu hanya bersifat peribadi.

Penyertaaan pemimpin pembangkang melalui parti itu, seperti wakil rakyat PKR, Darell Leiking dan wakil rakyat DAP iaitu Junz Wong kerana matlamat peribadi. Bukannya atas asas perjuangan kepada rakyat Sabah secara keseluruhannya.

Terlihat benar matlamat Parti Warisan, tiada perjuangan yang jelas, akan tetapi, lebih mengarah kepada mempengaruhi rakyat, supaya mereka dapat melepaskan dendam kepada pemimpin kerajaan, selain mahu mencapai hasrat peribadi.

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal membawa dendam kesumatnya yang mahu menjadi Ketua Menteri Sabah. Sebab itu, semasa beliau masih pemimpin Parti UMNO dan berjawatan menteri. Beliau “undermind” kepimpinan negeri termasuk tidak mahu berbincang langsung berkaitan dengan keperluan sebenar negeri. Sedangkan kerajaan Persekutuan telah menyalurkan berbilion-bilion ringgit menerusi Kementerian yang beliau terajui. 

Akibatnya peruntukan yang diberikan tidak mencapai sasaran dan bukan sahaja negeri rugi tetapi rakyat Sabah juga terkesan. Persoalannya, apakah rakyat atau pengundi melihat apa yang telah dilakukan Shafie Apdal? Kerana rakyat Sabah terkenal dengan sifat pragmatiknya khususnya pengundi kaum KDM.

Walaupun, kewujudan Parti Warisan Sabah tidak sama dengan latar belakang penubuhan Parti Berjaya dan PBS. Namun, rakyat Sabah yang rentan atau peka dengan isu-isu semasa. Di samping itu, boleh sahaja membuat keputusan tanpa berfikir panjang tentang untung ruginya menumbangkan kerajaan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook