Latest News

Tuesday 30 May 2017

Siapa Kata Ekonomi Negara Gagal?


SESIAPA yang minat memperhatikan bagaimana fiskal negara diurus sejak tahun 2009, sebaik sahaja Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdu Razak dilantik ke jawatan Perdana Menteri, maka dapat dilihat bagaimana defisit fiskal negara terus berkurang. 

Tahun 2009 (-6.7%), 2010 (-5.3%), 2011 (-4.7%), 2012 (-4.3%), 2013 (-3.8%), 2014 (-3.4%), 2015 (-3.2%) dan 2016 (-3.1%). Selama 8 tahun, pentadbiran Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak  berjaya menurunkan defisit dengan purata 4.31% setahun atau berjaya menambah pendapatan negara  sebanyak 116.13% untuk tempoh masa itu.

Fakta itu, disokong oleh pertumbuhan KDNK negara yang berlegar-legar pada purata di atas 5% setahun. Sebagai perbandingan, selama 48 tahun pertumbuhan KDNK Singapura 43 kali telah mengatasi pertumbuhan negara, kecuali bermula tahun 2012-2016, pertumbuhan negara mengatasi negara jiran itu. Tahun 2012 (M=5.5%; S=3.7%) 2013 (M=4.7%; S=4.7%), 2014 (M=6%; S=4.68%), 2015(M=5%; S=2%) dan 2016 (M=4.2%; S=1.8%) bagi suku pertama 2017 (M=5.6%; S=2.7%).

Jika ada pihak yang selama mengagung-agungkan negara jiran itu, maka pertumbuhan KDNK lebih tinggi berbanding negara sebanyak 43 kali menyokong fakta, mengapa negara jiran itu lebih maju dan lebih kaya.

Di zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak sekalipun pertumbuhuan KDNK negara mengatasi pertumbuhan KDNK negara jiran itu. 

Mungkin atas fakta kejayaan pemerintahan Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak jauh lebih baik daripada pemerintahan mantan Perdana Menteri itu, adalah penyebab utama beliau benar-benar cemburu.

Atas dasar cemburu itu, maka berbagai tomahan dan dakwaan karut, termasuk bahawa negara bakal muflis (Oktober 2016) dan negara gagal  di alamatkan kepada Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul razak oleh mantan Perdana Menteri itu dan dibantu oleh puak-puak pembangkang.

Tun Dr Mahathir Mohamad tidak dapat menerima, bahawa kepimpinan dan pemerintahan Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak jauh lebih baik daripada beliau. Memang, mantan Perdana Menteri itu, mempunyai sifat tidak mahu mengaku kalah dan atas sifat itu, mendorong beliau bertindak berlawanan dengan fakta.

Apa yang jelas, mantan Perdana Menteri itu bersama puak-puak pembangkang tidak sedar bahawa dakwaan fitnah dan bohong tidak akan bertahan lama. Kerana lambat laun, dakwaan mereka itu akan diketahui rakyat dan fakta benarlah yang bakal bertapak di hati rakyat.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook