Latest News

Tuesday 2 May 2017

Ucapan Hari Buruh Pegawai Komunikasi Shafie Apdal Meleset

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) DSSA UCAP HARI BURUH... Oleh FBB Ismaily Bungsu Sdl  (screenshot) (screenshot) (screenshoot)


HARI buruh disambut di Malaysia bermula tahun 1973, apabila tanggal 1 Mei setiap tahun ia diiktiraf sebagai Hari Buruh Sedunia. Hari Buruh tidak semestinya membawa makna, “Buruh”. Hari Buruh adalah memperingati  setiap sumbangan setiap manusia yang mengeluarkan atau menghasilkan sebarang produk atau perkhidmatan bagi pihak lain.  Pengertian buruh di sini boleh sahaja dimaksudkan bekerja sendiri, bekerja dengan pihak lain bagi mendapatkan upah atau gaji dan sebagainya.

Kalau melihat hujah  “Pengarah Komunikasi” Datuk Seri Shafie Apdal itu. Pengertian buruh bagi dia, hanya merujuk kepada pekerjaan yang disediakan oleh kerajaan atau jawatan yang disediakan oleh Ketua Menteri Sabah. Bermakna,  jika ada pekerjaan atau jawatan yang disediakan oleh pihak lain. Misalnya syarikat swasta ataupun syarikat berkaitan kerajaan, ianya tidak termasuk dalam istilah “Pengarah Komunikasi” itu. Makanya, hanya jawatan kerani  Jabatan  so and so, pegawai kerja, jabatan so and so, sahaja dianggap sebagai pekerjaan.

Sungguh cetek sekali pemahaman, “Pengarah Komunikasi” Datuk Seri Shafie Apdal itu berkaitan dengan pengertian “Buruh”. Sedangkan pengertian “buruh” dalam konteks Hari Buruh cukup luas yang membawa makna setiap aktiviti yang dilakukan oleh “Buruh”. Merujuk kepada pelaku yakni individu manusia atau tenaga kerja yang memberikan manfaat kepada pihak lain juga termasuk dalam istilah buruh.

Pengarah Komunikasi itu, kononnya bercakap bagi pihak graduan rakyat Sabah dan mendkawa ramai graduan menganggur? Apa yang tidak difahami “Pengarah Komunikasi” Presiden Warisan itu bahawa graduan yang sebenarnya tidak akan pernah “menganggur” jika benar-benar menghayati istilah graduan. Seseorang graduan adalah individu yang mampu mencipta peluang dan ruang bukan sahaja untuk dirinya akan tetapi untuk pihak lain. Rupa-rupanya, orang yang mengelar dirinya Pengarah Komunikasi Datuk Seri Shafie Apdal itu bercakap sesuatu yang dia sendiri pun tidak faham.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook