Latest News

Monday 19 June 2017

Anwar Perdana Menteri- Amerika Tidak Akan Berhenti


AMERIKA SYARIKAT tidak akan berhenti, selagi “kuda tunggangan” mereka di Malaysia - Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menjadi Perdana Menteri.

Malaysia semacam lega, semasa Barack Obama menjadi Presiden Amerika Syarikat, kerana Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak mempunyai hubungan istimewa dengan bekas Presiden Amerika berkuit hitam itu. Sehinggakan pada satu percutian di Hawaii, beliau menjemput PM-6 Malaysia itu bermain golf.

Namun, niat tersembunyi negara paman sam itu, tidak pernah luntur, apabila dipenghujung pemerintahan Presiden Amerika ke-44 itu, timbul pula saman Jabatan Kehakiman (DOJ) yang berkisar pada andaian dan dakwaan berkaitan dengan syarikat 1MDB.

Timbulnya saman itu, sudah tentunya ada hubungan dengan kembalinya Anwar Ibrahim ke penjara Sungai Buloh selama 5 tahun kerana didapati meliwat untuk kali ke-2, walaupun ada pihak dalam negara ini mengaitkan tindakan DOJ Amerika itu dengan mantan Perdana Menteri, atas sebab isu 1MDB digunakan oleh mantan Perdana Menteri itu sejak tahun 2014, sebagai maskot untuk memaksa Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak meletakkan jawatan.

Mungkin ramai pihak sudah membaca dokumen saman DOJ setebal 251 muka surat itu, kerana ianya dimuat naik di internet. Namun, apabila membaca seluruh dokumen itu, ianya semuanya berasaskan sindirian, kepada Perdana Menteri  kerana penggunaan kata sandi Malaysian No.1 (MO1).

Bagi mereka yang membaca dokumen itu, khususnya rakyat asing, boleh sahaja kata sandi itu merujuk kepada SPBA, kerana SPBA adalah orang nombor satu dalam negara. Namun, jika pembaca itu adalah rakyat negara ini, maka kata sandi itu merujuk kepada Perdana Menteri.

Anggapan bahawa MO1 itu adalah Perdana Menteri, diakui sendiri oleh Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan. Namun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu cepat menangkis, walaupun pengertian dalam negara MO1 itu merujuk kepada Perdana Menteri, akan tetapi DOJ tidak sekalipun menyebut nama Perdana Menteri.

Penulis tersegar kembali berkaitan muslihat Amerika, apabila membaca tulisan Datuk Seri Panglima Dr. Mohd Salleh Tun Said Keruak melalui blog beliau bagaimana Amerika menyanjung Anwar sebelum dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri. Di mana masa itu, Dato' Seri Dr Mahathir Mohammad (kini Tun) tersangat marah, sehinggakan beliau menuduh bahawa mantan TPM itu adalah agen Amerika.

Penulis teringat lagi, semasa lawatan Naib Presiden Amerika Al-Gore melawat negera ini, beliau secara terang-terangan mendesak supaya Anwar dibebaskan daripada penjara, sambil mendakwa tuduhan terhadap mantan TPM itu bermotifkan politik.

Oleh kerana, Anwar sehingga kini masih dalam penjara, maka Amerika mempergunakan DOJ untuk menimbulkan persepsi terhadap Perdana Menteri, kononnya beliau benar-benar terlibat dengan skandal 1MDB. Sedangkan syarikat milik Kementerian Kewangan itu, sudah saban kali menyatakan, tiada kaitan dengan cerita rekaan seperti mana dalam saman DOJ itu, kerana tiada wang syarikat itu hilang seperti mana dakwaan. Selain itu, senarai harta yang dicadangkan untuk dilucutkan hak, tidak dikawal pun  atau tidak hubung kait dengan syarikat itu.

Apabila membaca saman DOJ Amerika itu, ianya berkisar pada pelucutan hak harta-harta, tetapi tidak menuduh sebarang individu, melainkan secara andaian, bahawa harta-harta itu atas nama dua rakyat Malaysia, Jho Low dan Riza Aziz (anak tiri Perdana Menteri). Sehingga kini, DOJ tidak bertindak, meskipun saman yang sama diulang untuk kali ke-2,  pada khamis 22 Jun.

Apa yang menjadi kekacatan saman itu, kerana tidak menyebut nama terdakwa, sehinggakan pihak yang kena tuduh tiada peluang membersihkan nama. Di negara ini, pihak-pihak pembangkang mengambil kesempatan terhadap saman DOJ Amerika itu, untuk menimbulkan presepsi terhadap Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, dan seterusnya mahu mempergunakan isu lapuk itu sebagai bahan untuk berdepan dengan PRU-14.

Pembangkang terlupa, bahawa isu itu, hanya isu syiok sendiri dan tidak sampai pun 1% daripada pengundi  negara ini terpengaruh, kecualilah 99% pengundi negara ini, sudah hilang keyakinan terhadap Jabatan Peguam Negara, SPRM, PDRM,  Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), selagi majoriti rakyat mempunyai keyakinan kepada badan-badan itu, maka apapun tindakan pembangkang yang dibantu Amerika, tidak akan mempengaruhi pengundi yang mengundi parti Barisan Nasional.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook