Latest News

Friday 2 June 2017

Apa Motif Disebaliknya DAP Sabah Jaga Penduduk Setinggan?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Tidak sampai 1 bulan saya di Kota Kinabalu... Oleh FB Jufazli Shii Ahmad (screenshot)

PARTI DAP begitu terdesak, sehinggakan membela penduduk setinggan.  Penempatan setinggan bagi yang faham, memang pun tidak dilengkapkan kemudahan asas seperti bekalan elektrik atau bekalan air. Penduduk yang tinggal di rumah-rumah setinggan adalah penduduk yang menceroboh tanah kerajaan. Namanya juga menceroboh, ertinya tiada kebenaran. Bagaimana kerajaan menyediakan kemudahan asas bagi kawasan yang diceroboh?

Rupanya, parti DAP adalah penggalak kepada rakyat untuk melanggar undang-undang, bukan itu sahaja sebagai penggalak untuk menduduki kawasan yang bukan milik. Pendekatan itu, sama dengan menggalakan rakyat mencuri, merampas atau merompak.

Bagi penduduk yang tahu memang mereka sebagai penceroboh, maka adalah pasti menyokong mana-mana pihak yang bersimpati dengan mereka, apatah lagi sebuah parti, jika syaitan pun datang bersimpati dengan mereka, mereka tetap sokong.

Penduduk setinggan Kg Numbak, Sepanggar, bukannya sebahagian penduduk yang ditempatkan semula bagi memberi laluan kepada pembinaan pengkalan laut  Tentera Laut Sepanggar. Melainkan mereka itu, datangnya daripada berbagai daerah di Sabah yang berhijrah ke bandar.  Apa yang malang, rumah-rumah setinggan itu dibina sebahagian disewakan untuk pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Pihak kerajaan sudah berulang kali, memberi notis amaran agar penduduk setinggan mengosongkan tanah tersebut, kerana kawasan itu, bukan untuk tujuan penempatan semula, akan tetapi, mereka degil, dan kini mendapat pembelaan pula daripada parti DAP.

Bagi pihak kerajaan, siapapun yang membela, kerajaan tidak akan berganjak, kerana kawasan itu tidak sesuai untuk penempatan, kerana berdekatan dengan pengkalan Tentera Laut, dan kawasan itu perlu dikosongkan.

Oleh  kerana kawasan itu, bukan untuk penempatan, maka selamanya kemudahan asas seperti bekalan elektrik atau air tidak akan dibekalkan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook