Latest News

Thursday 8 June 2017

Betulkah PATI Di Sabah Dibiarkan???

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sabah has already been overrun by Pilaks and other Illegal Immigrants under Sabah BN Government... Oleh FB Jo Nandu (screenshot)

PENDATANG Asing Tanpa Izin (PATI) merupakan warsian kerajaan terdahulu, bukannya berlaku semasa pemerintahan Parti Barisan Nasional Sabah. Parti BN yang ada hanya dibentuk pada tahun 1994. Masalah PATI bermula tahun 1970, apabila berlaku pelarian besar-besaran daripada Selatan Filipina akibat perang saudara, serta akibat pembukaan ladang-ladang kelapa sawit di Sabah secara besar-besaran yang kekurangan tenaga kerja mahupun buruh pada masa itu.

Pelarian Filipina, dilindungi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui UNHCR ( United Nation High Commissoner for Refigees). Sebab itu, jika masih ada yang ingat “Pasar Filipin” di Kota Kinabalu itu dahulu adalah penempatan pelarian Filipina yang diurus oleh UNCHR. Atas permintaan PBB, maka kerajaan Malaysia mengeluarkan IMM13 sebagai dokumen bagi pelarian itu. 

Hakikat yang perlu diterima bahawa pada tahun 70-an semasa pelaksanaan pengeluaran kad pengenalan untuk seluruh rakyat Malaysia. Di mana syarat-syarat pengeluaran itu, seseorang mesti ada surat kelahiran/surat beranak yang menunjukkan mereka itu lahir di Sabah (North Borneo). Namun, disebabkan 80 peratus penduduk Sabah masa itu, tiada dokumen tersebut, maka kerajaan Sabah meminta Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memberi pengecualian ke atas penduduk Sabah, yang mana dokumen yang diperlukan hanya melalui PENGESAHAN ketua-ketua kampung/Ketua Daerah/Pegawai Daerah, melalui dokumen yang dipanggil HRN1. Di sinilah berlakunya kelompangan, di mana berlaku salah guna oleh pihak-pihak tertentu. Sehingga ada penduduk yang bukan asal Sabah mendapat dokumen HRN1, sehinggakan boleh mendapat KAD PENGENALAN. 

Melalui RCI PATI Sabah yang ditubuhkan pada tahun 2012 dan keputusan diumumkan pada Disember 2014, telah ditemui bahawa sebanyak 90,000 kad pengenalan seumpama itu telah mendapat Kad Pengenalan. Namun, rekod pada tahun 2014, menunjukkan jumlah mereka itu, hanya berbaki kurang 40,000. Berasaskan kepada temuan RCI PATI Sabah itu, maka diputuskan bahawa 40,000 itu perlu dikeluarkan daripada sistem Jabatan Pendaftaran Negara. Dan JPN telah pun bertindak demikian.

Keluhan ADUN Pantai Manis Papar, Datuk Seri Panglima Abdul Rahim Bin Ismail adalah berkaitan dengan meraka yang mempunyai dokumen IMM13, di mana sebahagian besar mereka ini adalah penyokong Parti Warisan Sabah.

Perlu diketahui mereka yang memegang dokumen IMM13 adalah pelindung PATI, khususnya daripada Filipina, kerana mereka ini sebangsa dan sebahasa, dan kebetulan sebahasa dengan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Berkaitan dengan tindakan kerajaan berkenaan PATI (mereka yang tiada dokumen) telah diputuskan untuk MEMBURU, MENANGKAP DAN MENGHANTAR  pulang mereka itu ke negara asal, sehinggakan SABAH SIFAR PATI.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook