Latest News

Tuesday 13 June 2017

Cukai Pelancongan-Sabah Masih Pertimbang

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Rupanya harapan hancur rakyat Sabah... Oleh FB Ds Chazy Chaz (screenshot)

MENGKAJI mekanisma cukai pelancongan yang akan berkuat kuasa pada 1 julai 2017, adalah satu tindakan betul. Kerajaan Negeri Sabah perlu melihat kebaikan dan keburukan cukai itu, terhadap sektor pelancongan negeri ini.

Kerajaan Sabah perlu melihat mekanisma pelaksanaannya. Kerana, jika menurut laporan awal kaedah cukai itu dilaksanakan, ianya berasaskan wilayah, iaitu Sabah, Sarawak dan Semenanjung. Maknanya, jika jumlah cukai yang dikutip sebanyak RM660 juta setahun, maka akan dibahagi sama rata, antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung, yakni masing-masing RM220 juta.

Bagi Sabah, sebenarnya sistem percukaian pelancongan ini menguntungkan. Sebabnya, daripada 11 juta bilik hotel yang dikenakan cukai,  Sabah hanya menyumbang kurang daripada 2 juta, demikian juga Sarawak, lebih rendah daripada itu.

Apa yang perlu diingat, cukai yang bakal dikenakan adalah cukai Pelancongan, makanya, tidak akan masuk dalam kumpulan wang yang disatukan. Mungkin istilah yang digunakan mengundang pengertian negatif, maka perlu digantikan dengan istilah lain, misal “surcharge”.

Juga, perlu diketahui bahawa cukai bilik yang dikenakan kerajaan tempatan, tidak masuk ke dalam akaun kerajaan yang disatukan. Sebaliknya merupakan pendapatan kerajaan tempatan.  Di sinilah persoalan timbul, kementerian atau jabatan pelancongan mengeluarkan kos yang tinggi untuk promosi pelancongan, termasuk mempromisi hotel-hotel penginapan. Tetapi, tidak mendapat pulangan samalah ertinya, lembu punya susu, sapi dapat nama.

Berkaitan mekanisma pelaksanaan, jika melibatkan rakyat tempatan, boleh sahaja dikecualikan daripada “surcharge” seperti mana berlaku di hospital kerajaan.  Di Hospital kerajaan, pihak penyedia bil akan dicetak semua kos yang terlibat. Kemudiannya, pesakit diminta mengemukakan dokumen kerakyatan di bahagian hasil, apabila pesakit adalah rakyat tempatan, maka bil yang beribu, ditukar kepada caj minima antara RM1-10 sahaja.

Demikian juga “surcharge” ini, jika yang menginap adalah rakyat tempatan maka, “surcharge” adalah RM0. Sebenarnya, mereka yang terburu-buru menolak “surcharge” itu, mereka itu belum memperlajari mekanisme “surcharge” itu., sehinggakan sesuatu yang baik menjadi buruk.

Tahniah kepada kerajaan Sabah, kerana mengunapakai pendekatan mengkaji, melihat, mempelajari sistem itu, sebelum membuat keputusan. Jangan sama sekali terikut-ikut kepada pendapat sempit, kerana akhirnya buruklah jawpannya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook