Latest News

Sunday 11 June 2017

Cukai Pelancongan





SATU isu lagi yang dipolitikkan. Pemimpin politik, tiada usaha melihat mekanisma pelaksanaan cukai itu yang bakal berkuatkuasa pada 1 Julai 2017, akan tetapi terus melompat dan mengaitkannya dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Berbagai tindakan pemimpin politik khususnya daridapa Sabah dan Sarawak menjadikan MA63 sebagai penghalang seluruh usaha kerajaan. Khususnya yang berkaitan dengan cara kerajaan mendapatkan sumber pendapatan. Jangan dulu melatah, kerana sesuatu tindakan kerajaan, sebenarnya mempunyai matlamat untuk kebaikan negara.

Para pemimpin perlu menerima, bahawa kos mempromosi pelancongan bukan murah, dana besar untuk itu diperlukan. Kerajaan tidak boleh sewenang-wenang mengambil sumber kewangan daripada sumber lain untuk maksud promosi pelancongan.  Pelancongan perlu tampil dengan dana sendiri untuk mempergiatkan sektor itu. Adalah tidak adil, bajet untuk pembangunan kemudahan asas dialihkan untuk kos mempromosi pelancongan.

Jika diamati kenyataan Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, kutipan cukai pelancongan hanya RM660 juta setahun,  RM11 juta daripada bilik penginapan di negara ini. Kalau dipuratakan, hanya RM60 setahun atau 16.4 sen sehari setiap bilik.

Para pemimpin politik kena melihat disebalik pelaksanaan cukai pelancongan itu secara terbuka dan menilai disebalik pelaksanaanya. Apa yang jelas, jangan dahulu melompat, sebelum meneliti mekanisma pelaksanaannya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook