Latest News

Thursday 15 June 2017

Fahami Dulu Bukan Main Hentam, Bantahan Terhadap Cukai Pelancongan

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Dimana Pengerusi BN Penampang pasal isu... Oleh FB Terrance A Siambun (screenshot)
(ii) Masidi berkata pihaknya bersetuju dengan dakwaan yang kedua-dua Sabah dan Sarawak tidak... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

KALAULAH dibolehkan membanding-bandingkan antara negara kita dengan negara-negara lain, termasuk negara-negara ASEAN, negara kita adalah negara paling lambat memperkenalkan cukai pelancongan atau cukai penginapan (negara Brunei tidak memperlukan cukai). Di negara-negara maju seperti United Kingdom, Italy, Perancis, negara-negara bekas Soviet malah Amerika Syarikat sudah lama melaksanakan cukai pelancongan atau cukai penginapan tanpa protes. 

Apa yang dapat dianalisa berkaitan bantahan terhadap cukai pelancongan yang akan berkuat kuasa Ogos 2017 bagi negara adalah para pelancong yang datang ke negara kita, sebenarnya para pelancong miskin dan kedekut. Sebab itu sebarang tambahan bayaran antara RM2.50-RM20 sehari terlalu mahal bagi mereka. Manakala di negara-negara maju, "surcharge" itu bermula serendah RM5, namun pelaksanaannya tiada bantahan. Sebabnya, pelancong yang melancong ke negara-negara sedemikian adalah pelancong berduit.

Protes berbagai pihak di negara kita termasuk pemimpin politik berkaitan dengan cukai pelancongan, sebenarnya memberitahu rakyat negara ini atau mengakui, bahawa pelancong ke negara kita adalah pelancong tidak berduit atau pelancong miskin. Jika demikianlah, kedudukannya, maka para pelancong yang datang ke negara kita, tidak dapat menyumbang pendapatan kepada negara secara signifikan. Sebabnya, mereka itu akan  ikat perut apabila datang ke negara ini sebagai pelawat. Impak lain, para pelancong itu akan menikmati barangan yang diberi subsidi  yang sepatutnya untuk rakyat negara ini sahaja.

Terlihat benar, matlamat sebenar penggalakan pelancong daripada negara luar datang ke Malaysia adalah untuk menyumbang pendapatan kepada negara, kerana setiap pelancong diharapkan bebelanja sekurang-kurangnya USD1000 semasa melawat negara ini. Namun, apa yang tersirat daripada bantahan berbagai pihak berkaitan dengan cukai pelancongan, rupanya para pelancong yang datang ke negara kita hanya berbelanja 1/10 daripada USD1000. Jika senario ini benar, bagaimanakah kerajaan mengandaikan 3.5 juta pelancong menyumbang pendapatan kepada negara sebesar RM3.5bilion? Kalau perangkaan ini betul, maka para pelancong yang datang ke Malaysia bukanlah kategori miskin seperti mana sangkaan para pemimpin yang memprotes cukai tersebut, kerana para pelancong yang datang ke Malaysia mampu membelanjakan USD 1000 semasa melawat negara.

Hakikatnya, mereka yang protes terhadap cukai pelancongan itu, bukanlah pelancong sebenar, akan tetapi hanya melihat setiap kos itu membebankan dan dengan andaian sedemikian, seolah-olah mereka mewakili pelancong yang datang ke Malaysia.

Bagi Sabah dan Sarawak, mengapa timbul bantahan? Sebabnya, semua penginapan di dua buah negeri itu tertakluk di bawah kuasa kerajaan tempatan. Cukai seumpama itu sudah lama dikenakan sebagai sumber pendapatan kerajaan tempatan. Jika cukai pelancongan yang baru dikenakan, maka berlaku cukai berganda, iaitu cukai yang dikutip kerajaan tempatan dan cukai yang dikutip kerajaan persekutuan.  

Sabah dan Sarawak bukan menolak cukai itu dilaksanakan di Semenanjung tetapi menolak dilaksanakan di dua negeri itu, kerana terbentur atau mengenai dengan pengurusan kutipan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook