Latest News

Monday 5 June 2017

Jalan Kebun Bukan Jalan Kegunaan Awam

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Jeti kg unggun Rosak tapi tiada tindakan dri umno bn... Oleh FB Rizal Limat (screenshot)

HAKIKAT yang perlu diketahui oleh semua rakyat, hanya jalan perhubungan yang digazetkan untuk kegunaan penduduk sahaja yang mendapat peruntukan daripada kerajaan. Bagi jalan-jalan ke kebun atau ladang-ladang pertanian atau jalan-jalan persendirian, tidak mendapat peruntukan untuk menaik taraf. 

Namun, jika Pejabat Daerah memohon peruntukan khas secara “one-off” bagi menaik taraf sesuatu jalan. Ianya boleh dibuat, asalkan jalan-jalan tersebut termasuk jalan-jalan yang telah tersenarai sebagai jalan oleh pejabat daerah. Atau wakil rakyat bagi kawasan itu, mempergunakan peruntukan ADUN atau Parlimen untuk menaik taraf jalan-jalan seumpama itu.

Kepada pengguna facebook itu, anda kena tahu peraturan kewangan kerajaan, kerana wang kerajaan atau wang rakyat juga, tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya, tanpa mengikut peraturan kewangan. Jika ada pihak menyalahgunakan kuasa, silap haribulan masuk penjara. 

Kepada pengguna facebook itu, apakah anda sudah memeriksa, bahawa jalan-jalan itu tersenarai di Pejabat Daerah sebagai jalan untuk kegunaan rakyat? Kerana jika jalan itu tidak tersenarai, bagaimana "kokok" anda pun dalam laman sosial, "kokok" anda itu, tidak berguna.

Melihat pada gambar yang ditularkan, AFS yakin bahawa jalan-jalan itu tidak tersenarai di Pejabat Daerah sebagai jalan untuk kegunaan penduduk.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook