Latest News

Monday 5 June 2017

Keamanan dan Kerharmonian


TIADA yang paling menggembirakan, jika keamanan dan kerharmonian sentiasa wujud bukan sahaja di peringkat rakyat juga di peringkat negara. Keamanan dan kerhormonian bukan sahaja membuatkan semua rakyat gembira, juga negara dapat menjimatkan perbelanjaan untuk pasukan keselamatan. Jika itu berlaku, maka wang untuk menjaga keselamatan dapat digunakan untuk aktiviti yang berdaya maju, khususnya dalam ekonomi untuk mensejahterakan rakyat.

Sekiranya tiada isu keselamatan di Pantai Timur Sabah yang membabitkan penjenayah rentas sempadan. Sudah tentu, perbelanjaan untuk ESSCOM/ESSZONE dapat membina berpuluh-puluh jejantas di kawasan-kawasan yang mengalami kesesakan jalan raya. Selain itu juga, dapat membina ribuan rumah mampu milik atau projek perumahan untuk rakyat atau dapat menaik taraf lebih panjang jalan-jalan perhubungan antara daerah atau pekan.

Demikian juga, jika tidak wujud parti pembangkang yang keluar masuk kampung yang menabur berbagai fitnah serta janji bulan bintang. Kerajaan yang telah diberi mandat rakyat dapat merancang dan melaksanakan berbagai program atau projek untuk kebaikan rakyat.

Dakyah pembangkang, memaksa pemimpin kerajaan bekerja lebih keras untuk turun padang bagi menjernihkan keadaan dan sudah tentunya, acara itu memerlukan masa dan kewangan. Sehinggakan masa untuk merancang berkurangan, kerana waktu tidak pernah bertambah, kalau sehari selama 24 jam dan setahun 12 bulan atau 365 hari, maka demikianlah peruntukan masa yang tersedia.

Sebenarnya pemimpin pembangkang mahu mengwujudkan keadaan yang tidak aman dan harmoni, supaya pemimpin kerajaan terganggu dan apabila terganggu, maka tidak dapat menumpukan pembelaan kepada rakyat.

Sebagai misalan, pembangkang mempolitikkan sesuatu isu yang bukan isu. Misalnya, bekalan elektrik dan air di kawasan setinggan, sedangkan sudah jelas, mana ada kemudahan asas yang diberikan kepada penempatan setinggan? 

Pihak pembangkang keluar masuk di kawasan-kawasan seumpama ini, mengambil gambar dan mentularkan melalui media sosial dan mendakwa kerajaan tidak mengabaikan tanggungjawab. Yang paling tidak jujur, mereka menyembunyikan latar belakang gambar-gambar tersebut. Tujuan mereka, hanya mahu menghasut rakyat yang tidak mengetahui latar belakang sesuatu dakwaan.

Pihak pembangkang di satu pihak mendakwa kerajaan adalah penternak rakyat asing, namun di lain pihak, mereka yang membela rakyat asing. Kerana mendakwa kerajaan mengabaikan tanggungjawab menyediakan kemudahan asas di kawasan-kawasan penempatan yang ditempati  rakyat asing.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook