Latest News

Saturday 10 June 2017

Kemelut FGV


SEMASA IPO FGV, negara berbangga, kerana terbitan awam sebuah syarikat negara menduduki urutan kedua di dunia selepas facebook. Terbitan awal FGV mencipta market capitalization bernilai RM13bilion, namun selepas itu menjunam ke angka sedikit di atas RM1bilion, pada harga kurang daripada RM2 sesaham.

Mengapa "market capitalization" syarikat perladangan terbesar di dunia itu boleh menjunam? Jawapannya, kerana harga saham syarikat itu menurun. Penurunan harga saham, biasanya berkait rapat dengan keyakinan pelabur, kerana di mata pelabur, prospek keuntungan adalah matlamat utama.

Pertimbangan pelabur dalam pasaran saham, mempuyai tiga pertimbangan, pertama pulangan daripada simpanan tetap  bank (a), pulangan daripada pembelian hartanah (b) dan pulangan jika menjalankan perniagaan (c).

Pertimbangan pelabur, apabila membeli saham adalah pulangan daripada a,b dan c lebih rendah. Namun jika pulangan a, b dan c lebih tinggi berbanding saham sesebuah syarikat tersenarai, pelabur mempunyai pilihan, sama ada melabur pada saham lain atau memilih a atau b atau c.

Saham FGV menurun, bukan kerana prospek minyak kelapa sawit, akan tetapi dikatakan lebih bersifat kurangnya keyakinan terhadap pengurusan syarikat itu. Kini, telah terdedah akibat kemelut pengurusan syarikat itu dengan lembaga pengarah. Sehingga terdedah berbagai masalah dalaman. Rentetan itu, menjemput SPRM menyiasat syarikat berkenaan.

Akibat kemelut yang berlaku dalam seminggu, nilai saham syarikat itu berkurang lebih RM1 bilion, kerana pelabur menjual saham-saham mereka. Menerusi reaksi pasar terhadap saham FGV yang negatif, selain laporan negatif berkaitan syarikat itu, maka mempengaruhi para peneroka.

Kawasan FELDA bersama dengan penerokanya mempunyai pengaruh politik yang amat besar dalam negara ini, kerana lebih 50 kawasan parlimen terletak di kawasan demikian. Kawasan FELDA sinonim dengan parti Barisan Nasional, kerana kawasan-kawasan demikianlah yang sentiasa menyumbang kepada kemenangan parti Barisan Nasional setiap pilihan raya.

Malah para pemimpin politik di negara ini, mengakui parti mana yang menguasai kawasan FELDA, maka parti itulah bakal pemenang pilihan raya. Parti pembangkang sejak sekian lama berusaha menguasai kawasan-kawasan FELDA. Namun, masih gagal walaupun pada PRU-12 dan 13, parti pembangkang berjaya menang beberapa kawasan parlimen.

Kemelut FGV yang sedang berlaku memberi peluang kepada parti pembangkang memanfaatkan situasi itu bagi menembusi kawasan FELDA. Jika kemelut itu, gagal diselesaikan dalam masa yang singkat dan terdekat. Kemungkinan besar, ianya mempengaruhi keputusan pilihan raya akan datang.

Parti pembangkang hanya perlu menang 22 kawasan FELDA pada PRU-14 dengan andaian kawasan-kawasan yang dimenangi pada PRU-13 dapat dipertahankan. Oleh itu, boleh menyebabkan parlimen tergantung, atas sebab tiada parti yang boleh diisytiharkan sebagai pemenang.

jika keadaan demikian berlaku, maka kemungkinan besar parti Barisan Nasional akan kehilangan kuasa, sebabnya tidak dapat dinafikan akan berlaku lompat parti. Sama ada menyertai parti-parti pembangkang atau menjadi wakil bebas, akan tetapi mesra parti pembangkang atau boleh juga berlaku sebaliknya.

Di Negara ini, bukan pelik seseorang wakil rakyat keluar daripada parti yang diwakili dan mengistiharkan diri sebagai wakil bebas, kerana telahpun berlaku di Perak pada tahun 2009, sehinggakan Kerajaan Pakatan Perak tumbang.

Melihat kemelut yang berlaku pada FGV, jika Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak lambat menyelesaikan kemelut itu, tiada yang boleh menafikan, ianya berimpak negatif terhadap parti Barisan Nasional, khususnya parti UMNO.

Memang reaksi segera Perdana Menteri, apabila kemelut FGV berlaku telah melantik Dato' Sri Idris Jala sebagai “fact finder” dan seterusnya menyelesaikan kemelut. Namun, pengelibatan SPRM memperuncing keadaan, kerana akan terdedah berbagai “salah laku” jika memang berlaku, dan jika tujuan Perdana Menteri menghantar Dato' Sri Idris Jala untuk penyelesaian antara pihak-pihak yang bertelagah, tidak lagi tercapai atas sebab, SPRM pasti akan mendedahkan pihak yang “bersalah”. Pendek kata, sama ada pihak pengurusan akan terkeluar ataupun pihak lembaga pengarah yang diketuai Tan Sri Isa Samad akan terkeluar.

Bagi FELDA yang mempunyai 33 peratus kepentingan dalam FGV, apa yang paling penting adalah merungkai semua isu yang berlaku dalam syarikat itu, dan seterusnya memulihkan keyakinan pelabur. 

Bagi parti UMNO pula mengharapkan kemelut cepat diselesaikan, sebelum pihak pembangkang mempergunakannya untuk mendapat sokongan politik.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook