Latest News

Thursday 1 June 2017

Kemusykilan Rakyat


SEBELUM sistem cukai SST ditukar kepada GST, memang secara TEORINYA, harga barang bakal turun, atas sebab SST (10+5)% lebih tinggi berbanding GST 6%. Namun apa yang berlaku sebaliknya. 

Demikian juga pemansuhan DASAR KABOTAJ bagi Sabah, Sarawak dan WP Labuan bermula 1 Jun 2017. Secara teorinya harga barangan di tiga wilayah itu bakal turun. Keadaan ini yang bakal dilihat untuk tempoh masa antara 3-6 bulan bermula daripada hari ini.

Pemansuhan DASAR KABOTAJ tiada jangka masa yang ditetapkan. Jangan masa 3-6 bulan hanya pemantauan, apakah pemansuhan dasar itu berimpak. Teori dan pelaksanaan ibarat langit dan bumi, sebabnya apabila manusia terlibat dengan berbagai kepentingan, maka teori ekonomi akan meleset, kerana istilah “ceteris paribus” yang lain-lain tetap dalam ilmu ekonomi tidak berlaku.

Dalam ekonomi,  produk dan perkhidmatan ada harga, sebab produk-produk dan perkhidmatan itu terhad, berbanding mereka yang minta. Maknanya, harga adalah penentu supaya produk dan perkhidmatan itu, hanya boleh didapati oleh mereka yang mampu membayar harga sesuatu produk atau perkhidmatan. Atau dengan kata lain, harga adalah pembatas atau penghalang untuk semua orang memiliki sesuatu produk atau perkhidmatan. Bagi mereka yang mampu membayar untuk mendapatkan sesuatu produk atau perkhidmatan, membawa pengertian bahawa mereka itu mempunyai pendapatan.

Di negara ini, setiap produk dan perkhidmatan yang dikira sebagai kegunaan harian, kalau adapun rakyat negara ini tidak mampu mendapatkan produk itu. Jumlahnya tidak lah ramai sangat dan jumlah mereka itupun sudah dikenal pasti. Kerana kerajaan sudah membuat bancian dan mengambil data-data mereka itu. Umpamanya melalui e-kasih atau melalui badan-badan keagamaan. Bagi rakyat beragama Islam, mereka yang tergolong kurang bernasib baik telah didatakan dan diberi kategori sebagai “golongan asnaf”.

Pentadbiran negara sebenarnya sangat proaktif terhadap keperluan rakyatnya, bayangkan mereka yang tergolong berpendapatan RM4000 ke bawah sebulan pun dikategorikan sebagai penerima bantuan kerajaan BR1M, apatah lagi mereka yang tergolong daif! Sudah pasti menerima bantuan, asalkan mereka itu telah “didatakan” kecualilah mereka itu langsung “tidak dikenal pasti”.

Berdasarkan keadaan dalam negara ini, jarang terdengar bahawa ada rakyat yang dinafikan untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan keperluan asas. Kerana sistem ekonomi dan perkhidmatan yang disediakan negara telah mengakomodasi atau menyediakan seluruh kemungkinan keperluan rakyat. Misalnya dalam sektor kesihatan, tiada negara di dunia yang hanya mengenakan caj RM1 setiap rawatan di hospital-hospital kerajaan.

Negara ini bernasib baik kerana mempunyai masa siang 12 jam dan malam 12, dan keadaan  itu sesuai untuk bercucuk tanam, makanan kegemaran rakyat negara ini. Maknanya, daripada makanan ruji, ubi-ubian, buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang boleh ditanam dan hidup subur di negara ini. Kesimpulan, semua makanan kesihatan mudah ditanam dan atas sebab itu mudah didapati. Melihat kepada keadaan itu, sebenarnya rakyat negara ini, tidak perlu lagi keluaran makanan daripada luar negeri, kerana semuanya keperluan rakyat boleh ditanam dalam negara dan setiap rakyat boleh bercucuk tanam.

Namun, atas pertimbangan kos komparatif, maka ada sebahagian keperluan makanan rakyat tidak ditanam secara komersil, kerana membawa masuk produk tersebut jauh lebih murah. Atas sebab itulah, kita dapati banyak produk keluaran negara jiran dijual di negara kita, kerana produk tersebut di bawah masuk. Apabila kita perhatikan, produk makanan daripada negara luar yang di bawah masuk ke dalam negara, kadar pertukaran mata wang antara negara kita dengan negara berkenaan ada yang berbanding 1:10; 1:3000; 1:100 dan seterusnya. Mengapa demikian? Sebabnya, bagi negara pengeksport rendahnya nilai mata wang negara berkenaan berbanding pengimport, menguntungkan negara pengeksport, kerana negara pengeksport membayar gaji atau berbelanja dalam negaranya menggunakan mata wang tempatan.

Demikian juga negara kita yang merupakan pengeksport barang-barang elektronik, minyak kelapa sawit, produk berasaskan getah atau getah, produk berasaskan kayu yang mempergunakan Dollar Amerika. Dengan menurunnya tukaran wang negara terhadap dollar, maka eksport barangan negara itu. Sekiranya tetap bernilai sama, sebelum penurunan wang negara,  maka menguntungkan negara kerana apabila nilai eksport ditukar kepada mata wang tempatan, ianya berjumlah lebih besar. Oleh kerana syarikat menggunakan mata wang tempatan dan kos pengeluaran tetap tidak berubah, maka keuntungan syarikat akan lebih besar.

Sebenarnya rakyat negara ini, yang kerap sangat bercakap soal penurunan nilai tukar ringgit terhadap Dollar Amerika, sebenarnya tidak terdedah kepada fenomena itu. Sebabnya, 90 peratus keperluan rakyat negara ini, seluruhnya produk tempatan dan sudah tentunya tidak terikat dengan nilai tukar asing. Mengapa mereka itu, semacam berdepan kiamat? Apabila nilai ringgit merosot berbanding dollar? Sebenarnya, anggapan mereka itu, hanya ikut-ikutan, sesuatu perkara di mana mereka tidak pun terkesan atau dapat impaknya. 

Sebenarnya, mereka yang terkesan atau terimpak berkaitan dengan nilai pertukaran asing, adalah mereka yang kerap ke luar negara atau mempunyai anak-anak yang belajar di luar negara. Namun, berapa ramai mereka itu, berbanding penduduk negara ini berjumlah 32 juta. Sebagai contoh, tahun 2016 seramai lebih kurang 150 ribu rakyat negara ini melawat United Kingdom, di mana VAT=semacam GST 20%, tidak pun bising, akan tetapi mereka yang tidak langsung terlibat yang bising.

Benarlah, sesuatu tindakan di mana sebelumnya berasaskan TEORI boleh memberi impak positif kepada rakyat, namun “ceteris paribus” tidak berlaku. Maka TEORI tinggal TEORI, kerana manusia bertindak sebaliknya. Inilah yang berlaku pada sistem percukaian GST, dan kemungkian juga akan berlaku pada pemansuhan DASAR KABOTAJ.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook