Latest News

Tuesday 6 June 2017

Kolam Kecil Kolam Besar; Kapal Kecil Kapal Besar


Ada sebahagian rakyat Sabah suka sangat memilih kolam kecil berbanding kolam besar, atau suka sangat naik perahu kecil berbanding kapal.

Tahun 1990, semasa Tun Mustapha Datu Harun membubarkan parti USNO agar parti UMNO mengambil peranaan parti itu di Sabah, memberi hujah, sudah tiba masanya rakyat Sabah meninggalkan perahu kecil sebaliknya perlu naik kapal besar. Perahu kecil hanya boleh digunakan menyeberang sungai, manakala kapal boleh menyeberang lautan.

Rakyat Sabah tidak boleh lagi hidup dalam kolam kecil, sebaliknya perlu hidup pada kolam besar. Kolam kecil hanya menyebabkan kemajuan rakyat Sabah terbantut dan tidak akan berkembang. Hujah demikianlah, salah satu penyebab, mengapa Bapa Kemerdekaan Sabah itu menjemput Umno masuk ke Sabah.

Perkiraan pemimpin ulung Sabah itu, memang terbukti. Sabah, selepas diterajui parti Umno, bukan sahaja terlepas daripada negeri termiskin, malah kini berkembang maju seiring dengan kemajuan di Semenanjung.

Sabah tidak pernah termimpi, dalam tempoh 23 tahun, dari sebuah negeri yang hampir muflis, dapat membentang bajet lebih tinggi berbanding Selangor, dapat mengumpul wang simpanan negeri sehingga lebih RM3bilion, atas sebab, sumber kayu kayan yang merupakan sumber utama negeri, bukan lagi penyumbang kepada pendapatan negeri, kerana bermula tahun 2006, atas keputusan kerajaan negeri yang diterajui Datuk Musa Aman, tidak lagi mengeluarkan lesen pembalakan. Dengan tidak mengeluarkan lesen pembalakan, maka secara automatik, royalti daripada kayu kayan menjunam dengan drastik sekali daripada lebih RM1bilion setahun kepada kurang RM200juta setahun.

Sabah, bukan sahaja tidak menggalakan pembalakan, akan tetapi membuat keputusan bahawa kawasan hutan Sabah ditargetkan dikekalkan sehingga 30% daripada seluruh “land mass” negeri, tujuannya, agar generasi akan datang mewarisi khazanah hutan negeri.

Berasaskan kepada polisi kerajaan itu, bermakna, dakwaan pembangkang, kononnya, kerajaan menebang hutan secara berleluasa, adalah dakwaan karut, dan yang paling malang lagi, mereka mentularkan di media sosial, lori-lori balak dan kawasan hutan sedang digondolkan, sedangkan ianya bukan berlaku di Sabah, akan tetapi di negara jiran.

Pembangkang ketandusan isu, kerana tidak mampu berhujah berkaitan kepesatan kemajuan Sabah di bawah teraju Musa. Kemajuan Sabah, diakui sendiri oleh Ketua Menteri Sarawaak Datuk Abang Johari Tun Openg semasa lawatan ke Sabah sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baru, dengan mengatakan, bahawa Sabah benar-benar berubah wajah khususnya Kota Kinabalu, dan menggelarnya sebagai “City of The East”.

Menjelang PRU-14, di mana kerajaan yang ada akan kembali kepada rakyat untuk meminta mandat meneruskan pemerintahan, kerajaan yang ada telah memberi testimoni kepada rakyat, bahawa tanggungjawab dan amanah yang diberikan telah dilaksanakan sebaik mungkin dan sejaya-jayanya. Terpulang kepada rakyat sebagai hakim, apa kah testimoni kerajaan itu diambilkira, atau terpedayah dengan janji-janji bulan bintang pembangkang. 

Rakyat kena sedar, jangan sama sekali terpengaruh bunyi guruh di langit, lalu air di tempayan dicurahkan. Rakyat jangan terperangkap dengan keadaan Tikus membaiki labu, kerana jika itu berlaku, maka rakyat akan mundur ke belakang, yakni kembali mundur dan jatuh miskin.

Kerajaan Sabah yang diterajui Musa, bukan sahaja disokong penuh oleh Perdana Menteri, akan tetapi, parti Barisan Nasional Sabah mendapat jolokan :”Fixed Deposit” parti Barisan Nasional. Kerajaan Sabah bukan sahaja menjadi FD, akan tetapi menjadi contoh menerusi pengurusan kewangan yang mapan di negara ini. 

Pertumbuhan ekonomi Sabah, sejak 5 tahun lalu, lebih tinggi berbanding pertumbuhan nasional, ertinya,  pemerintahan  Sabah berada pada landasan betul untuk berkembang maju, untuk merealisasikan Hala Tuju Pembanguan dan Kemajuan Sabah menjelang tahun 2025, di mana masa itu Sabah akan “take-Off” sebagai Negeri Maju.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook