Latest News

Friday 2 June 2017

Nafsu Parti Warisan Sabah


TIADA yang boleh dibuktikan melalui pemerintahan “single party”, kerana rakyat Sabah telah mengalaminya dua kali, pertama melalui pemerintahan parti Berjaya dan kedua melalui pemerintahan parti PBS. Bagaimana caranya pun pemerintahan sebuah “single party” bertindak seadil mungkin tidak akan dapat dicapai, kerana sifat “single party” mempunyai kepimpinan berpusat, yakni Presiden parti. 

Menerusi pemerintahan “single party”  kuasa tertinggi adalah berada pada tangan Presiden. Berlainan dengan pemerintahan yang bersifat “multiple party” walaupun kelihatannya “kuasa” berada pada Pengerusi, akan tetapi secara praktikalnya bukanlah demikian, kerana kedudukan pengerusi mempunyai kuasa yang sama “level” dengan kuasa presiden-presiden yang bergabung dalam kumpulan “multiple party” sepertimana yang diamalkan parti Barisan Nasional.

Konsep perkongsian kuasa yang diamalkan parti BN, bahawa setiap komponen parti tidak kira parti itu besar atau kecil adalah sama rata, dan tiada yang bertindak lebih superior. Perkongsian kuasa yang diamalkan parti Barisan Nasional memungkin gabungan berbagai parti itu terus memerintah negara. 

Jika dilihat di negeri-negeri yang diperintah pembangkang, di Semenanjung seperti Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan, semuanya atas prinsip berbagai parti. Jika di Selangor, kalau bukan kerana berasaskan prinsip berbagai parti, tiada “single party”pun boleh membentuk kerajaan.

Di Sabah Parti Warisan Sabah bernafsu sangat untuk kembali seperti mana yang dilaksanakan parti Berjaya dan PBS, sedangkan pendekatan itu sudahpun ditolak oleh rakyat Sabah. Rakyat Sabah yang telah menolak pendekatan parti Berjaya dan PBS, tidak akan menelan ludah semula. Situasi inilah yang tidak diperhalusi atau dihayati parti pimpinan Datuk Shafie Apdal tersebut.

Shafie terlupa, sejak pemerintahan Sabah mengamalkan perkongsian kuasa, maka badi kerajaan setiap 9 tahun berubah telah terungkai dan terjawab. Kerajaan yang menerintah Sabah sejak tahun 1994, sudah memasuki 23 tahun. Kerajaan yang memerintah yang hampir merayakan jublee perak, cuba dikalah oleh parti Warisan yang menggunapakai pendekatan parti Berjaya dan PBS.

Para pemimpin parti berlambangkan perahu layar itu lupa, bahawa rakyat Sabah sudah menerima konsep pemerintahan berkongsi kuasa, seperti mana diamalkan oleh rakyat Sarawak dan Semenanjung. Oleh kerana rakyat Sabah sudah serasi dengan pemerintahan berkongsi kuasa, maka kehadiran parti Warisan Sabah, sebenarnya bukan ancaman kepada parti Barisan Nasional, hanya sebagai pesaing dalam pesta demokrasi, khususnya pada PRU-14 akan datang.

Tidak dinafikan bahawa parti pimpinan mantan Naib Presiden Umno itu akan mendapat undi, kerana calon bebaspun boleh mendapat undi; tetapi berasaskan kepada senario politik Sabah masa kini, khususnya pendekatan Ketua Menteri Sabah yang sungguh terbuka dan mudah didekati, parti Barisan Nasional yang beliau pimpin akan terus diberi kepercayaan oleh rakyat majoriti, sehinggakan, undi kepada parti Warisan Sabah, tiada satu kawasanpun yang boleh diterjemahkan kepada kerusi pada PRU-14.

Penulis teringat bagaimana parti BERSEKUTU semasa di pimpin Datuk Haris Salleh (kini Tan Sri) pada PRN Sabah tahun 1990, memang parti itu mendapat undi, tetapi tiada satu kawasanpun memang, termasuk Harris di Dun Likas. Nafsu tetap sahaja nafsu, itulah yang dialami para pemimpin parti Warisan bersama penyokongnya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook