Latest News

Wednesday 7 June 2017

Namanya Juga Cerita Kedai Kopi Jawatan Orang Lain Pun Tak Tahu!!!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Correction Mr. Rahim... Oleh FB Jo Nandu (screenshot)

KALAU ikutkan cerita kedai kopi, ikan mati pun boleh hidup semula. Kalau ikutkan cerita kedai kopi, maka semuanya berlagak seperti Presiden Parti dan Perdana Menteri.

Cerita berkaitan pergantian Ketua Menteri Sabah, bermula sejak tahun 2008, kemudian tahun 2013, dan apa yang jelas setiap menjelang pilihan raya umum, para pakar cerita kedai kopi akan mengulang cerita yang sama.

Perlantikan Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman sebagai Ketua Menteri pada tahun 2003, menggantikan Tan Sri Chong Kah Kiat dalam sistem penggiliran Ketua Menteri Sabah, kerana Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO dan pada kedudukan itu, maka di antara pemimpin UMNO, beliaulah yang paling kanan.

Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dilantik ke jawatan Ketua Menteri, kerana tiba giliran Bumiputera Islam untuk dilantik ke jawatan itu dalam sistem penggiliran Ketua Menteri. Pemimpin yang dilantik ke jawatan itu, berasaskan sokongan para pemimpin dan wakil rakyat parti Barisan Nasional. Oleh kerana para wakil rakyat mewakili suara majoriti rakyat, maka mana-mana pemimpin yang dilantik ke jawatan Ketua Menteri secara tidak langsung mewakili suara rakyat majoriti.

Jika pengguna facebook itu (Jo Nandu) mendakwa bahawa Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman bukan pilihan majoriti rakyat, ertinya dia tidak tahu sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini. Apabila seseorang tidak tahu sistem demokrasi yang diamalkan, maka patutlah dia boleh mendakwa, bahawa Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman bukan pilihan majoriti.

Untuk menyegarkan minda pengguna facebook itu, bahawa Datuk Seri Pangima Musa Haji Aman adalah pilihan majoriti, boleh dilihat pada fakta pilihan raya tahun 2004, 2008 dan 2013. Ketiga-tiga pilihan raya itu, Musa mengetuai parti Barisan Nasional negeri. Bagi menyegarkan otak penguna facebook itu, tahun 2004, 2008 dan 2013-BN Sabah masing-masing menang 59-59-48 kerusi daripada 60 kawasan yang dipertandingkan. Jumlah kerusi itu merupakan kuasa 2/3 di DUN Sabah.  Kuasa 2/3 merupakan kuasa yang sangat majoriti. Kepada pengguna facebook itu, kerana tiga kali Pilihan Raya Umum Sabah, BN yang diketuai Musa menang 2/3. Dengan itu, mengsahkan bahawa beliau mendapat sokongan majoriti rakyat Sabah.

Pengguna facebook itu, cuba menafikan bahawa gajah lebih besar daripada kambing, sebabnya semasa mendekati kambing dia menggunakan kanta pembesar. Sebab itu jugalah, dia melihat cicak lebih besar daripada buaya. Dasar pembangkang, yang hanya tahu menegakkan benang basah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook